trending_flat

Jati Tinggi Peroleh Kontrak Sulung Pembangunan Infrastruktur Pusat Data

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2024 – Jati Tinggi Group Berhad ("Jati Tinggi" atau "Syarikat"), salah seorang pemain dalam bidang kejuruteraan utiliti infrastruktur, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh Syarikat, Jati Tinggi Holding Sdn. Bhd. (“JTHSB”) telah memperoleh kontrak untuk litar berkembar kabel bawah tanah 275kV untuk pusat data yang terletak di wilayah selatan Malaysia. Kontrak bernilai kira-kira RM22.1 juta, menggariskan keupayaan teknikal Jati Tinggi yang kukuh dan kepercayaan dalam menyampaikan projek utiliti infrastruktur kompleks yang berkaitan dengan industri bekalan kuasa voltan tinggi. Paling ketara, kontrak ini merangkumi pemasangan litar berkembar kabel bawah tanah 275kV, komponen penting untuk memastikan bekalan kuasa yang boleh dipercayai dan teguh kepada pusat data. Pengurusan Jati Tinggi mengulas “Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan projek pertama kami dalam bidang infrastruktur pusat data. Projek mercu tanda ini menandakan pengembangan penting dalam portfolio kami. Dengan kejayaan […]

trending_flat

Mesej dakwa Starbucks dan Coffee Bean ‘Haram’ adalah isu berulang

Oleh : JomCheck Tular semula di aplikasi WhatsApp dengan label ‘forwarded many times’ satu mesej yang mendakwa kedai kopi Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf (biasa disebut Coffee Bean) telah disahkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Disertakan bersama mesej tersebut adalah beberapa kod bahan yang tidak halal sebagai pembuktian beserta talian JAKIM untuk rujukan. Hantaran ini juga telah memetik nama seorang tokoh agamawan, Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed yang kononnya menyeru agar pesanan berkenaan dipanjangkan. Pakatan semakan fakta yang bersama JOMCHECK iaitu Cilisos.my, MalaysiaKini dan MyCheck telah mengeluarkan laporan tentang isu ini dan mendapati bahawa ia tidak tepat. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Isu ini bermula pada tahun 2009 dan sering berulang semula walaupun telah disangkal faktanya berkali-kali. Sumber: Cilisos.my: https://cilisos.my/we-called-jakim-to-check-whether-starbucks-is-halal/ MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/696966 MyCheck: http://www.mycheck.my/more.php?id=2155158 AFP […]

trending_flat

DAP Perak kutuk ugutan terhadap ibu Nga Kor Ming

DAP Perak memaklumkan bahawa kertas yang ditulis dengan perkataan berunsur ugutan telah ditemui bertebaran di premis rumah ibu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada pagi (Khamis) ini. Dalam satu sidang media hari ini, DAP Perak berkata dengan tegas mengutuk tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang secara jelas melanggar undang-undang, selain ia bercanggah dengan nilai-nilai masyarakat yang beradab. "Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dan menangani kes-kes yang berbentuk ugutan tersebut. Pihak DAP yang menyanjung kedaulatan undang-undang berpandangan setiap individu mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menyuarakan pendapat masing-masing tanpa perlu bimbang akan diugut atau diserang secara fizikal. Oleh itu, dalam masyarakat yang demokratik dan berbilang kaum, adalah penting untuk kita menegaskan bahawa kepelbagaian harus dihormati dan suara yang berbeza harus diterima dengan penuh keterbukaan." katanya. DAP Perak turut memohon […]

trending_flat

Itu bukan tanggungjawab seorang ibu sahaja

Oleh: Dr. Yong Adilah Shamsul Harumain Setiap kali melangkahkan kaki keluar dari rumah, sama ada ke tempat kerja atau pun untuk urusan seharian, pasti hati seorang ibu akan berasa sungguh berat untuk meninggalkan anak-anak. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang berkerjaya apatah lagi pada masa yang sama seorang ibu berkerjaya perlu memastikan kerja yang dijalankan dengan penuh amanah dan cemerlang. Harapan keluarga dan masyarakat adalah tinggi terhadap seorang ibu yang berkerjaya. Dr. Yong Adilah Shamsul Harumain Kehidupan seorang ibu yang berkerjaya bermula sejak malam sebelum hari bekerja. Bermula dengan persiapan persekolahan anak-anak dan kemudiannya menguruskan rumahtangga dan keperluan suami serta ahli keluarga. Keesokan harinya pula, sejak pagi seorang ibu berkerjaya akan memikirkan perjalanan anak-anak ke sekolah, pengurusan anak-anak ke pusat transit atau ke sekolah agama. Adakalanya kerja yang tidak dapat diselesaikan di tempat kerja, dibawa pula pulang ke rumah. […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 4:19 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:19 pagi, 7 Mac 2024Koordinat: 7.8° Utara 127.1° TimurLokasi: Rantau Kepulauan FilipinaMagnitud: 5.2Jarak: 95km Tenggara dari Bislig, FilipinaKedalaman: 45 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation