trending_flat

KEB 2024 : Ukuran kejayaan sebenar terletak pada usaha menyeluruh pemegang taruh ekonomi Bumiputera

PUTRAJAYA 15 Mac 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bersama pengerusi-pengerusi Kumpulan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang mana resolusi ini diangkat menjadi agenda baharu pemerkasaan Bumiputera hasil daripada penganjuran KEB 2024 yang lepas. Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mac 2024, telah bersetuju, antara lain, supaya satu sekretariat tetap telah ditubuhkan di bawah MEB yang akan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri bagi memastikan setiap resolusi tersebut diperhalusi dan dipastikan keberkesanan pelaksanaannya. Manakala, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pula telah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kerja MEB bagi memastikan proses pelaksanaan dapat dijalankan secara efektif dan berkesan. "Mesyuarat telah memuktamadkan 74 resolusi (dari 82 resolusi asal yang berlaku pertindihan) dan 150 program yang digariskan melalui pembentangan 10 Kumpulan KEB. Resolusi dan program ini telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi […]

trending_flat

“Kuasa Pengguna: Mendepani Realiti Zaman” tema HPK 2024

PUTRAJAYA, 15 Mac 2023 -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Tahun 2024 yang disambut bersama Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day) pada 15 Mac setiap tahun. Tema HPK pada tahun ini adalah "Kuasa Pengguna: Mendepani Realiti Zaman”. Tema tersebut adalah selari dengan matlamat KPDN dalam menggerakkan agenda besar kepenggunaan yang responsif dengan tuntutan semasa dan cabaran mendatang. Mengulas lanjut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemilihan tema itu juga bertepatan dengan peralihan kepada era Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital yang berpaksikan kepada pelbagai jenis teknologi seperti Generasi Kelima (5G), Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence). "Antara objektif penganjuran Hari Pengguna Kebangsaan 2024 adalah untuk merancakkan lagi advokasi dan pendidikan berkenaan hak-hak dan perlindungan pengguna daripada pelbagai jenayah siber seperti […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Ryukyu, Jepun

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada jam 6:32 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:32 petang, 15 Mac 2024Koordinat: 28.4° Utara 130.0° TimurLokasi: Kepulauan Ryukyu, JepunMagnitud: 5.6Jarak: 339km Timur Laut dari Naha, JepunKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang Ziana Zain Pikat CSA Academy Lantik Sebagai Duta Rasmi

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan adalah faktor utama CSA Academy melantik pesohor seni legenda ini sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang. CSA Academy juga meminjam liku perjalanan dan jerih Diva Pop ini dalam mencapai gemilang kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad menjadi pelaku seni sebagai semangat yang diperlukan mereka untuk melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan. “Mengapa tidak Ziana Zain? Kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda. “Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta […]

trending_flat

Sudah tiba masanya Akta Juruukur Bangunan digubal

Oleh: Prof. Madya Sr. Dr. Au Yong Cheong Peng Sektor pembinaan di Malaysia sedang mengalami pertumbuhan pesat dan ini dapat diperhatikan melalui lonjakan yang ketara dalam jumlah projek infrastruktur, pembangunan kediaman dan komersil. Stok hartanah semasa di Malaysia juga amat mengagumkan. Menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, stok hartanah merekodkan lebih daripada 7.5 juta unit pada tahun 2023, termasuk 6.2 juta unit hartanah kediaman, 564,800 unit kedai, 370,010 unit pangsapuri servis, 556 pusat membeli-belah, 274 pasar raya besar, 244 arked, 2,601 bangunan pejabat, 121,374 unit hartanah perindustrian, dan 275,119 bilik hartanah hotel. Bagi memastikan jumlah besar stok hartanah ini berada dalam keadaan yang baik, permintaan untuk penyenggaraan dan pengurusan bangunan tentunya semakin meningkat. Prof. Madya Sr. Dr. Au Yong Cheong Peng Malangnya, berita dan laporan mengenai isu penyenggaraan dan pengurusan bangunan sentiasa dilaporkan di negara ini. Malaysia telah lama dianggap […]

trending_flat

BERSIH Sambut Baik Komitmen Kerajaan untuk Beri Kuasa Autonomi kepada Parlimen, Gesa Pembentangan Sebelum Hujung 2024

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Dato' Sri Azalina Othman Said bahawa kerajaan secara prinsip telah bersetuju untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan menggubal semula Akta Perkhidmatan Parlimen untuk memberi kuasa autonomi pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen. Akta ini amat diperlukan supaya Parlimen benar-benar bebas dari segi pentadbiran dan kewangan sekaligus menjadi badan semak dan imbang selaras dengan prinsip pengasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman. Akta Perkhidmatan Parlimen ini juga merupakan salah satu tuntutan Reformasi 100% yang dibentangkan BERSIH kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Bersama beliau bulan lalu. Walaupun YB Menteri mengumumkan bahawa usaha ini telah hampir “90% selesai”, BERSIH menggesa supaya garis masa pembentangan Rang Undang-undang (RUU) ini ditetapkan selewat-lewatnya hujung tahun 2024 supaya segala perkara tertunggak boleh dimuktamadkan sebelum […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation