trending_flat

KKR perlukan sejumlah RM3.3 billion peruntukan bagi selesaikan backlog kerja penyelenggaraan laluan Persekutuan

KUALA LUMPUR. 14 Mac 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukan sebanyak RM3.3 billion dari tahun 2018 hingga 2023 bagi kerja-kerja penyelenggaraan pavemen di jalan-jalan Persekutuan di Malaysia. Namun, jumlah peruntukan tersebut masih belum dapat menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhannya. Menurut Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika sesi Pertanyaan Lisan di Parlimen pagi hari ini, berdasarkan rekod KKR, masih terdapat sejumlah RM3.3 billion peruntukan yang diperlukan bagi menyelesaikan backlog kerja penyelenggaraan yang melibatkan laluan Persekutuan sepanjang 3821.03 km. "Seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, pelbagai faktor luaran telah menyumbang kepada kerosakan jalan. Antaranya faktor pertambahan bebanan trafik dan kenderaan berat yang melebihi muatan menjadi salah satu punca kerosakan jalan dan ia turut memendekkan jangka hayat jalan berkenaan. Pendekatan yang di ambil berdasarkan beberapa kriteria dan pertimbangan kejuruteraan dalam penentuan keutamaan bagi lokasi kerja penyenggaran jalan. Lokasi-lokasi ditentukan […]

trending_flat

Projek Landasan Berkembar Gemas – Johor Bahru dijadual siap pada 21 April 2025

KUALA LUMPUR 14 Mac 2024 - Projek Landasan Berkembar Gemas - Johor Bahru sepanjang 192km dijadualkan akan disiapkan sepenuhnya pada 21 April 2025. Namun begitu, bahagian infrastruktur jajaran landasan keretapi berkembar elektrik dari Gemas – Johor Bahru dijangka akan siap pada penghujung tahun 2024. Menurut Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Parlimen pagi ini, dengan siapnya infrastruktur jajaran landasan keretapi itu, perkhidmatan ETS yang kini beroperasi sehingga ke Stesen Gemas akan dilanjutkan ke Stesen Johor Bahru. "Kerajaan juga telah membuat perolehan sepuluh set tren elektrik baharu, yang dijangka akan digunakan secara berperingkat mulai penghujung tahun ini untuk menyokong operasi perkhidmatan ETS di sektor selatan. Selain itu, KTMB juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan KTM Komuter di sektor selatan bagi laluan Gemas – Paloh – Johor Bahru." kata Loke. Tambah beliau, Kementerian Pengangkutan menerusi Perbadanan Aset […]

trending_flat

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan secara harfiah akan menjadikan siapa kita dan mempengaruhi keadaan kesihatan kita, seperti pepatah, "kita adalah apa yang kita makan” (we are what we eat). Ketersediaan 17 jenis minyak sayuran dan lemak haiwan di pasaran lebih menyulitkan keadaan di mana pemilihan yang tepat, aplikasi, dan pengendaliannya telah dianggap remeh oleh sesetengah komuniti. Usaha memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan industri sawit (penyumbang ekonomi utama Malaysia) secara umum, menyalurkan pengetahuan mengenai pengetahuan mengenai industri sawit dan minyak masak dari pelbagai aspek telah direalisasikan oleh Dr. Noordini Mohamad Salleh, Prof. Madya Dr. Cheng Sit Foon, dan Dr. Muhammad Aqmal Othman yang merupakan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) melalui projek penyelidikan OleoRangers@UM Living Lab. OleoRangers@UM Living Lab telah ditubuhkan di bawah peruntukan penyelidikan yang disalurkan oleh Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares) untuk memberi […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Selatan Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Selatan Laut Maluku pada jam 2:56 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:56 pagi, 14 Mac 2024Koordinat: 0.2° Selatan 125.3° TimurLokasi: Selatan Laut MalukuMagnitud: 6.0Jarak: 174km Selatan dari Tomohon,IndonesiaKedalaman: 79 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Menteri MOTAC jawab isu pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2024 - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing menjelaskan isu pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia ketika membuat ucapan penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah DiRaja di Parlimen semalam. Menurut King Sing, pelantikan ahliahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia, pelantikan telah dibuat di bawah Seksyen 5, Akta 481. "Saya ada berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai jawatan terbuka (open post) bagi perjawatan Pejabat Tourism Malaysia di luar negara untuk melantik warga Malaysia di luar negara yang layak untuk mengisi jawatan tersebut. Ini adalah salah satu usaha mentransformasi Tourism Malaysia demi mengurangkan kos logistik dan operasi di negara yang kurang membawa hasil kepada pendapatan pelancongan Malaysia." katanya. King Sing memberi contoh cadangan pelantikan pegawai di Pejabat Tourism Malaysia, New Zealand, di mana ibu bapa calon yang berminat telah berjumpa dengan […]

trending_flat

Dakwaan Warga China Perolehi Mykad Adalah Isu Tahun 2019, Sudah Diambil Tindakan

Oleh : JomCheck Heboh di aplikasi X pada Januari, satu ciapan yang mendakwa bahawa seorang warga China telah memperolehi kad pengenalan Malaysia (MyKad) secara mudah. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila dilihat sebanyak 250,000 kali ketika laporan ini ditulis. Rata-rata pengguna yang berinteraksi dengan hantaran tersebut tidak berpuas hati dengan isu ini kerana ia melibatkan kedaulatan negara. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah membuat semakan berkenaan isu ini dan mendapati bahawa kejadian ini berlaku pada tahun 2019. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Individu berkenaan memperolehi MyKad secara haram dan telah diusir pulang ke negara asal. Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlibat dengan sindiket ini pula telah didakwa di mahkamah telah pun didakwa di bawah beberapa kesalahan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2276255 Penjelasan terperinci berkenaan […]

trending_flat

MCMC bekerjasama dengan 5 telco sediakan perkhidmatan alatan perisian Parental Control Tools

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2023 - Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan di Malaysia iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME untuk menyediakan perkhidmatan alatan perisian yang dikenali sebagai Parental Control Tools yang membolehkan mereka memantau, menapis, mengehadkan dan menyekat kandungan yang dilihat dan aktiviti anak-anak dalam talian. Ibu bapa atau penjaga juga boleh menggunakan perkhidmatan perisian lain bagi tujuan yang sama.  Menurut Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ketika menjawab Pertanyaan Lisan di Parlimen hari ini, bagi menangani risiko dan ancaman terhadap kanak-kanak sama ada disebabkan orang lain atau tingkah laku mereka sendiri, pelaksanaan program-program berbentuk pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan internet terus dipertingkatkan melalui inisiatif-inisiatif seperti Klik Dengan Bijak (KDB) dan Sukarelawan ICT Malaysia [Malaysia ICT Volunteer (MIV)] di sekolah-sekolah dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) di seluruh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation