Galakan bersedekah dalam Islam bukan menggalakkan budaya mengemis
Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah merupakan terjemahan kepada ungkapan dalam Bahasa Arab: Bismillahirrahmanirrahim yang diajar oleh Allah SWT kepada kita umat Islam melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ungkapan ini memulai setiap surah di dalam al-Quran, kecuali satu surah sahaja iaitu Surah al-Taubah. Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Ini bermakna penegasan sifat Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Pemurah disebut sebanyak 113 kali. Namun jumlah keseluruhan ungkapan ini diulang dalam al-Quran adalah 114 kali dengan mengambil kira ayat 30 surah al-Naml. Sifat Pemurah Allah SWT tidak terhitung dan infiniti berbanding manusia yang bersifat terbatas dan terhad dengan dengan pelbagai kelemahan dan kekangan. Sifat Pemurah Allah SWT tiada tolok bandingnya. Konsep filantrofi dalam Islam memerlukan sifat pemurah manusia dalam menjayakannya. Ia terangkum dalam beberapa amalan kebaikan yang […]