trending_flat

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak KUALA LUMPUR, 29 April 2024 - Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ hasil kolaborasi Shopee dan Kantar mendapati 86% Gen Z mencari “shoppertainment” selain membeli produk apabila melayari platform e-dagang seperti Shopee. Responden yang ditinjau mahukan hubungan secara langsung dengan individu yang berfikiran sehaluan sambil menikmati kandungan yang berinformatif dan menyeronokkan apabila membeli-belah dalam talian. 71% daripada responden aktif mencari review dan demonstrasi produk di dalam ciri strim langsung seperti Shopee Live untuk membuat keputusan pembelian. Mereka mengutamakan keterangan produk, cadangan pencarian yang diperibadikan dengan keperluan mereka, dan review secara langsung dari pempengaruh untuk pengalaman membeli-belah yang lancar. Kandungan dan penglibatan tulen dari Shopee Affiliate mempengaruhi rakyat Malaysia di mana mereka mencari input dan nasihat pempengaruh dari segi ketahanan produk, diskaun, dan […]

trending_flat

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka umat Islam seluruh dunia akan beralih kepada puasa enam di bulan Syawal. Ini kerana puasa ini mempunyai kelebihan yang amat banyak sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim). Walau bagimanapun bukan setiap insan mempunyai waktu dan kelapangan yang mencukupi untuk melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Ada yang masih belum mengqadakan puasa Ramadan yang ditinggalkan sama ada disebabkan halangan haid, kesihatan, pekerjaan berat mahupun kesulitan tertentu. Persoalannya adakah mereka yang masih berhutang puasa Ramadan boleh melaksanakan puasa sunat Syawal sebelum melaksanakan qada puasa Ramadan ataupun wajib melaksanakan qada puasa Ramadan terlebih dahulu kemudian baharu melaksanakan puasa sunat Syawal. Begitu juga sah atau tidak niat menggabungkan puasa sunat Syawal dengan […]

trending_flat

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI telah memberi impak yang besar kepada seluruh kehidupan manusia secara global untuk mula mempelajari dan mengenalpasti kepentingan AI dalam kehidupan. Dr Ariyanti Mustapha Penggunaan teknologi AI yang mula berkembang sejak penyebaran wabak COVID-19 telah memberi impak kesedaran kepada semua masyarakat tentang kepentingan mendalami ilmu kecerdasan buatan yang telah mula digunakan dalam bidang pendidikan melalui pembelajaran secara atas talian, perubatan dan perniagaan dalam talian. Tanpa disedari, penggunaan AI telah mula menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia dan ia mula membuka minda masyarakat untuk melihat aspek positif yang boleh didapati hasil daripada penggunaan AI dalam pelbagai bidang kehidupan. AI Untuk Rakyat atau AI For Rakyat merupakan sebuah platform yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia yang boleh dicapai melalui pautan www.ai.gov.my. Ia merupakan sebuah platform untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 2:21 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:21 pagi, 27 April 2024Koordinat: 24.2° Utara 121.7° TimurLokasi: Rantau TaiwanMagnitud: 5.5Jarak: 80km Timur dari Taichung,TaiwanKedalaman: 30 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam masih lagi berpecah dan berselisih, serta gagal mencari titik temu dalam mewujudkan perpaduan bersama. Tidak kira isu fundamental atau isu cabang, tiada persepakatan dalam kalangan mereka, sama ada pada peringkat agamawan atau orang awam. Masing-masing ingin menjadi jaguh dengan pandangan tersendiri. Ketika para agamawan masih bertelagah dalam isu-isu khilafiyyah, maka masyarakat awam hanyut dalam memahami agama, juga mencari pendekatan dan cara untuk menjadi orang yang beragama. Mereka seolah hilang punca dan rujukan dalam beragama. Misalnya, ada sebilangan orang awam yang gemar mencampuri urusan hukum, sebilangan yang lain suka menjatuhkan hukum kepada orang, sebilangan cenderung kepada pandangan pelik hingga mengabaikan keputusan pihak berkuasa agama. Tidak kurang, ada juga kelompok yang anti kepada elemen Sunnah dan berbau agama dengan label Arabisasi. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Lebih lanjut, segelintir […]

trending_flat

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Baharu pada 27 April 2024 ini, sejurus selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu (PRK KKB). BERSIH mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di Kawasan dan ketika pilihan raya sedang berjalan (1). BERSIH ingin mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa penganjuran rumah terbuka aidilfitri boleh bercanggah dengan banyak peruntukan di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR). Berdasarkan risalah program tersebut yang kami terima, pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya. Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan di bawah Seksyen 10 (Penyogokan). Selain itu, pihak Kerajaan […]

trending_flat

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur Tengah yang kebanyakannya lebih menghidupkan bulan Ramadan berbanding Syawal. Mereka menyambut Aidilfitri mengikut sunnah dan meraikannya secara wasatiyyah. Dr. Mohd Istajib Mokhtar Setiap tahun kita semua teruja menantikan tarikh hari raya yang akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Bila-bila pun anak bulan kelihatan, tarikh hari raya Aidilfitri tetap jatuh pada 1 Syawal. 1 Syawal sahaja. Meskipun kita berpuasa selama sebulan, bukanlah bermakna hari raya juga sebulan. Sambutan kemenangannya hanyalah sehari. Namun, apakah kita begitu teruja dengan kemenangan, sehingga meraikannya secara berlebih-lebihan sehingga sebulan? Agama Islam sudah pun mengaturkan hidup manusia ini dengan begitu tersusun dan sejahtera. Namun, apabila kita berlebih-lebihan, maka banyaklah berlaku kerosakan. Bermula dengan kerosakan diri sehinggalah kepada kerosakan bumi. Kita dapat menyaksikan sambutan rumah terbuka […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation