trending_flat

Sedekahlah kepada mereka yang berhak

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Bulan Ramadan menjanjikan pahala yang berlipatganda kepada umat Islam tanpa mengira sama ada ia adalah amalan yang wajib atau sunat. Umumnya terdapat pelbagai amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan kebajikan lain. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Tidak kurang juga, dalam bulan Ramadan juga wujud golongan peminta derma, pengemis dan scammer derma yang berkembang biak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini berlaku kerana sifat pemurah masyarakat Islam untuk meraih ganjaran pahala berlipat kali ganda, dan tiada sistem yang dapat menyusun atur segmen sedekah dan derma secara sistematik berbanding segmen zakat. Biasanya jumlah sedekah lebih besar daripada jumlah zakat fitrah yang dikeluarkan. Ini disebabkan sedekah atau derma tiada batasan jumlah, bersifat sukarela dan tiada batasan penerima secara khusus. Sedangkan zakat fitrah mempunyai […]

trending_flat

Benarkah ‘healing’ atau sebenarnya hilang?

Oleh: Amir Syazwan Abdul Samad, Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Perkataan ‘healing’ kini tidak lagi menjadi asing dalam masyarakat terutamanya golongan remaja. ‘Healing’ itu sendiri merupakan satu perkataan yang membawa maksud “the process of making or becoming sound or healthy again” dan yang dapat diberi makna sebagai menyembuhkan, atau perihal yang membawa kepada penyembuhan atau pemulihan. Amir Syazwan Abdul Samad Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Manusia merupakan makhluk sosial yang setiap harinya pasti akan melakukan interaksi dengan orang lain. Semakin kerap melakukan interaksi dengan orang lain, semakin banyak informasi yang akan diterima. Bahkan, kerapkali informasi tersebut menimbulkan emosi positif mahu pun negatif. Emosi ini juga dapat mempengaruhi dari sudut fizikal dan juga psikologi seseorang. Ketika seseorang merasakan emosi positif mahu pun negatif, maka akan membawa perubahan secara fizikal mahu pun secara psikologi. Hal ini berikutan kemajuan multimedia hanya di hujung […]

trending_flat

Bubur lambuk warnai kebersamaan di kalangan warga PPKI SMK Kota Masai

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi & Nik Nurzayumie Che Mat Zailani KOTA MASAI - Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang sangat popular apabila tiba bulan ramadhan. Kebiasaanya, ia dimasak secara bergotong royong lalu dijadikan menu berbuka puasa bersama atau diagih-agihkan kepada masyarakat setempat. Tidak ingjn melepaskan peluang, barisan pendidik PPKI SMK Kota Masai berganding bahu bergotong royong memasak menu bubur lambuk untuk dikongsikan bersama murid pendidikan khas. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Cikgu Jamilah Ali menyatakan bahawa program ini termasuk salah satu dari program Ihya Ramadhan yang dianjurkan bersama bagi mewarnai kebersamaan antara guru dan murid di PPKI. “Program ini adalah bertujuan bagi memupuk semangat kerjasama dikalangan guru dan murid untuk sama-sama kita indahkan bulan ramadhan dengan nilai kebersamaan dan keharmonian serta kasih sayang antara kita semua,” katanya. Sepanjang bulan ramadhan, PPKI SMK Kota Masai mempersiapkan program-program keagamaan dalam […]

trending_flat

Logo Kasut Mirip Kalimah Allah: MCMC beri amaran jangan sebar Kandungan Bersifat Provokatif

CYBERJAYA 8 April 2024 - Susulan kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). "MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini." tegas MCMC dalam satu kenyataan hari ini. MCMC turut mengingatkat orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (race, royalty, religion), sebaliknya laporkan kepada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation