trending_flat

MCMC panggil Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo esok

CYBERJAYA, 16 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa Badrul Hisham bin Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim bin Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) telah dipanggil untuk rakaman percakapan esok. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak. "Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan." kata MCMC. Seterusnya MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi […]

trending_flat

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Bersama Pelabur di New York dari 14 - 16 April 2024, bersempena dengan kehadiran beliau dalam Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund – IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group – WBG) 2024 di Washington D.C., Amerika Syarikat dari 17 - 19 April 2024. “Pelabur menunjukkan minat yang tinggi untuk memahami asas dan potensi ekonomi Malaysia serta kemajuan melaksanakan agenda pembaharuan Ekonomi MADANI. Keyakinan pelaburan lebih kukuh ekoran pembaharuan fiskal yang telah dilaksanakan Kerajaan termasuk mengurangkan defisit, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal serta penyasaran subsidi seperti elektrik dan air,” ulas Amir Hamzah. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), mesyuarat dan sesi dialog bersama pelabur kewangan dan pasaran modal tersebut diadakan untuk memberi penerangan mengenai kedudukan semasa ekonomi dan perancangan Kerajaan untuk terus […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Tenggara Kepulauan Ryukyu

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Tenggara Kepulauan Ryukyu pada jam 6:38 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:38 pagi, 16 April 2024Koordinat: 29.4° Utara 131.7° TimurLokasi: Tenggara Kepulauan RyukyuMagnitud: 5.6Jarak: 269km Tenggara dari Kagoshima,JepunKedalaman: 70 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadhan sebagai kemenangan besar bagi umat Islam setelah sebulan berusaha melawan nafsu dan melaksanakan amal ibadah dengan tekun. Oleh itu, seluruh umat Islam merayakan kemeriahan dan kegembiraan bulan Syawal sebagai ungkapan kesyukuran kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “… Allah menghendaki kamu memperoleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menghadapi kesukaran. Dan supaya kamu sempurnakan bilangan puasa (di bulan Ramadan), dan supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, dan supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Baqarah, ayat 185). Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Aidilfitri merupakan perayaan terbesar yang dianugerahkan kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW, bukan sekadar tradisi, ucapan, atau hidangan makanan semata-mata. Namun Aidilfitri adalah syariat yang diturunkan oleh Allah SWT bagi umat Islam […]

trending_flat

SCIB dan Awana Tandatangani Perjanjian Baru, Menjamin Kontrak Eksklusif untuk Projek PPAM Mualim

KUCHING, SARAWAK, 15 APRIL 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated Industries Berhad ("SCIB" atau "Syarikat) dengan sukacitanya mengumumkan kemajuan ketara dalam hubungan kontrak dengan Awana JV Suria Saga Sdn. Bhd. (“AWANA”), anak syarikat milik penuh SCIB, SCIB Properties Sdn. Bhd. (“SCIBP”) telah memeterai Penyelesaian komprehensif merangkap Perjanjian Pelantikan Kontraktor dengan AWANA. Langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan SCIB dalam sektor pembinaan. Perjanjian baharu ini bukan sahaja menyelesaikan perselisihan kontrak dan kewangan sebelum ini tetapi juga meletakkan SCIBP sebagai Kontraktor Utama eksklusif untuk projek Cadangan Skim Perumahan Projek Penjawat Awam (“PPAM Muallim”). Projek penting ini menekankan kepakaran dan komitmen SCIBP untuk menyampaikan penyelesaian perumahan berkualiti tinggi untuk penjawat awam. Di bawah terma perjanjian baharu itu, AWANA telah mengakui keterhutangan kepada SCIBP. Pengarah Urusan SCIB, Ku Chong Hong, Encik Ku Chong Hong, Pengarah Urusan SCIB, mengulas mengenai perjanjian itu: "Penyelesaian […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation