trending_flat

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat laporan polis terhadap tiga individu - Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo), kerana membuat dan menyebarkan tuduhan palsu terhadap pegawai-pegawai MCMC. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata laporan polis tersebut dibuat pada 19 April 2024 berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di platform media sosial TikTok, Facebook serta Youtube pada 17 April 2024. "Kandungan terbabit menggambarkan seolah-olah pegawai MCMC bertindak di bawah arahan yang mempunyai kepentingan politik, selain bersifat penyalahgunaan kuasa. Pada masa sama, ada antara tiga individu tersebut telah memfitnah MCMC dengan menyatakan pegawai-pegawai yang terlibat dalam rakaman percakapan sudah muak dengan kerajaan semasa, serta bertanya bila kerajaan akan bertukar." jelas MCMC. Tambahnya, sebagai sebuah badan berkanun, MCMC melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya […]

trending_flat

100 Induk Ikan Kelisa Emas dilepaskan bagi Usaha Konservasi

KERIAN 20 April 2024 - Sebanyak 100 ekor induk ikan kelisa emas bernilai RM150,000 dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ke Tasik Bukit Merah bagi memulihara dan memastikan kemampanan spesies tersebut di habitat semulajadinya. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan bin Hussain berkata pelepasan yang diadakan secara berperingkat bermula pada 17 April 2024 yang lalu mendapat kerjasama sepenuhnya dari penternak ikan kelisa emas di negeri itu. Usaha ini juga dilihat sebagai langkah untuk merancakkan dan mengembangkan semula industri ikan kelisa emas. “Bagi menjamin kejayaan usaha konservasi, penglibatan dan kerjasama semua pihak adalah perlu kerana saling bergantung di antara satu sama lain. Induk ikan kelisa emas yang dilepaskan hari ini merupakan sumbangan penternak di daerah ini. Kehadiran penternak serta komuniti nelayan pada hari ini jelas menunjukkan komitmen mereka dalam membantu jabatan menjayakan usaha pemuliharaan bagi menjamin kelestarian sumber. Pada tahun […]

trending_flat

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu. Namun, janganlah kita bersedih dengan pemergiannya yang membawa bersama peluang membuat kebaikan yang berlipat kali ganda itu. Sesungguhnya ia bukanlah pengakhiran kepada peluang berbuat kebaikan, selagi mana kita menuruti apa yang telah ditinggalkan oleh suri teladan kita semua, iaitu Nabi Muhammad SAW dalam menyambut hari kemenangan di bulan Syawal ini. Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Hari Raya Aidilfitri merupakan momentum penting untuk meneruskan semangat keinsafan dan amalan-amalan yang kita tekuni dan laksanakan di sepanjang bulan Ramadan. Ia adalah saat yang tepat untuk meneruskan kekhusyukan dalam ibadah dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat yang diberi. Sebagaimana yang diketahui, Aidilfitri merupakan salah satu daripada dua hari raya yang disyariatkan dalam Islam. Menurut Imam Ramli RH, Aidilfitri merupakan raya pertama yang disyariatkan di dalam Islam. Ia mula disyariatkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation