trending_flat

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini. Jumlah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes didapati melebihi 50 peratus, berdasarkan NHMS 2019 dan NHSI 2023. Jumlah ini tentunya bukan sahaja memberi impak kepada individu yang terlibat, malah turut mempunyai implikasi yang lebih meluas kepada negara, terutamanya dari aspek produktiviti dan kos perubatan. Impak berat badan berlebihan di kalangan penduduk terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan. Menurut laporan WHO pada 2017, Malaysia secara purata memperuntukkan sebanyak 13.3 peratus bajet kesihatan tahunan untuk kos perubatan yang melibatkan implikasi obes dan berat badan berlebihan, termasuklah diabetes, penyakit kardiovaskular, dan penyakit buah pinggang. Ini bersamaan dengan 0.54 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menjadikannya yang tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN. Menyahut cabaran yang mahasiswa seharusya menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dan bukannya menambah komplikasi permasalahan, Universiti Malaya (UM) […]

trending_flat

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh umat Islam di bumi. Meskipun perayaan ini berasaskan ajaran agama yang sama iaitu agama Islam, namun sambutannya berbeza-beza antara negara lantaran dipengaruhi oleh perbezaan geobudaya. Di Malaysia, tradisi pakaian misalnya, umat Islam ghalibnya akan mengenakan baju Melayu bagi kaum lelaki dan berbaju kurung bagi kaum perempuan. Dari sudut tradisi makanan pula, ketupat merupakan makanan utama yang akan dihidangkan pada pagi 1 Syawal. Dr. Mohd Istajib Mokhtar Rata-rata penulisan ilmiah berkaitan ketupat menyatakan bahawa ketupat berasal dari perkataan Jawa. Ia merupakan satu hidangan tradisi masyarakat pulau Jawa dan kemudiannya tersebar luas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya Malaysia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand. Makanan tradisi ini berasaskan makanan asasi penduduk nusantara – sama ada pulut atau nasi – dibungkus dengan daun-daun yang sinonim dengan iklim tropika, seperti daun nipah dan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Taiwan

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4telah berlaku di Taiwan pada pukul 2:32 pagi hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa bumi tersebut terletak 23.9° Utara dan 121.7° Timur dengan kedalaman 10 km. 90km Timur dari Taichung,Taiwan. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Menurut data yang dipaparkan di halaman web MET Malaysia, selepas kejadian tersebut berlaku lagi gempa bumi sederhana turut berlaku di Rantau Taiwan pada jam 5:19 pagi. Ia berlaku di 24.3° Utara 121.5° Timur dengan kedalaman 10 km. 61km Timur dari Taichung,Taiwan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation