trending_flat

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG - Pengetua, Saridah Abdul Majid bersama barisan pendidik SMK Kota Masai meraikan bakal haji dalam kalangan guru dan menyempurnakan penyampaian sumbangan aidilfitri kepada 214 orang pelajar yang terpilih. Majlis berkenaan diadakan sempena Majlis Penutupan Ihya Ramadan yang berlangsung di  Sanggar Ilmu Haji Jamaluddin dan Dewan Sari Bestari SMK Kota Masai. Tidak hanya itu, Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie juga disambut meriah dengan penglibatan keseluruhan guru, murid dan wakil PIBG yang mewarnai ramadan dengan kebersamaan. “Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan guru-guru yang bakal menunaikan haji supaya ibadah yang dijalankan berjalan lancar dan mendapat haji yang mabrur,” katanya. Ramadan adalah bulan keberkatan dimana segala kebaikan yang dibuat akan memperoleh ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Kebersamaan yang dijalin serta ikatan ukhwah yang dijaga menjadi salah satu sifat mahmudah yang membawa kepada asbab […]

trending_flat

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Kota Raja, saya tekankan keperluan untuk kita kembalikan kegemilangan UMNO di Selangor. Dalam PRU 2022, UMNO mencatatkan prestasi terburuknya dalam sejarah. Satu kerusi pun tak menang. Kemudian kita tiba ke PRN. Cuma menang dua kerusi. Kalah teruk lagi. Selepas UMNO Selangor kalah teruk PRN Selangor, saya nyatakan bahawa ini adalah amaran terakhir untuk UMNO Selangor. Kalau keputusan PRN tu masih belum celikkan UMNO Selangor, tak ada apa yang boleh celikkan UMNO Selangor. Sekarang ni dah 8 bulan lepas PRN, masih tak ada apa-apa. Post mortem mendalam? Tak ada. Strategi baru tawan hati rakyat? Tak ada. Jadi, kalau pandangan saya tentang keperluan mendesak untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Selangor tidak diterima, saya kira lebih baik saya tumpukan kepada membantu UMNO di peringkat pusat & di peringkat […]

trending_flat

MCMC Siasat Penyebar Kandungan Palsu Mengenai Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran 2024

CYBERJAYA, 6 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata bahawa penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun. "Semalam, empat (4) daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan oleh pihak MCMC. Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut. Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan." kata MCMC. Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu (1) tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Justeru, MCMC […]

trending_flat

Jangan sia-siakan peluang buat pecutan di akhir Ramadan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Keghairahan kita dalam melaksanakan ibadat seperti mengkhatamkan al-Quran, bertadarus, bertarawih adalah suatu yang dipuji, namun terdapat beberapa ibadat yang seringkali dianggap remeh dan terlepas pandang dalam pengamalannnya namun mempunyai fadilat yang besar di sisi Allah SWT. Di sini disenaraikan tiga perkara atau kesalahan kecil yang perlu diberi perhatian dalam menyemarakkan lagi semangat di dalam pesta ibadat Ramadan supaya kita tidak terlepas meraih fadilat berganda di dalam bulan yang mulia ini. Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar 1) Meninggalkan jemaah tarawih sebelum imam selesai Di Malaysia, terdapat kebiasaan dalam pengurusan masjid bagi penunaian ibadat solat tarawih iaitu 20 rakaat dengan 3 rakaat witir atau 8 rakaat dengan 3 rakaat witir. Antara kesalahan yang sering berlaku dalam menunaikan ibadat ini, bagi mereka yang solat di Masjid yang melaksanakan solat tarawih 8 rakaat, mereka meninggalkan jemaah […]

trending_flat

Tidak Wajar Untuk Najib Habiskan Baki Hukuman Penjara di Rumah

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada dakwaan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bahawa wujudnya bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah. BERSIH menegaskan berdasarkan pengamalan semasa, hukuman tahanan rumah hanya boleh diberikan kepada banduan yang terlibat dalam kesalahan kecil iaitu yang menjalani hukuman penjara selama empat tahun dan ke bawah menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Tambahan pula, beliau masih memiliki beberapa pertuduhan jenayah berat yang masih berjalan di mahkamah. Namun, sekiranya banduan yang terlibat dalam kes jenayah berat seperti Dato’ Sri Najib mendapat keistimewaan tahanan rumah, adalah lebih adil untuk keistimewaan tersebut diberikan kepada banduan lain yang lebih memerlukan khususnya banduan wanita yang masih mempunyai anak kecil. Justeru, BERSIH menegaskan prinsip keadilan sedarjat dalam sudut […]

trending_flat

Yayasan Merck mengumumkan Anugerah Pengiktirafan Media ‘‘Diabetes dan Hipertensi’’ 2024 untuk Negara Asia

MUMBAI, India, 5 April 2024 (Bernama) -- Yayasan Merck (www.merck-foundation.com), cabang kedermawanan Merck KGaA Germany mengumumkan jemputan bagi permohonan Anugerah Pengiktirafan Media 'Diabetes & Hipertensi' 2024 yayasan tersebut untuk wartawan dari Negara Asia.Tema anugerah ialah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran tentang pencegahan dan pengesanan awal Diabetes dan Hipertensi.Senator, Dr. Rasha Kelej, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Merck menegaskan, “Saya percaya Media mempunyai kuasa untuk mempengaruhi masyarakat dan lantaran itu, memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan yang berleluasa. Oleh yang demikian, saya menjemput semua wakil media dari Negara Asia untuk menyertai Anugerah Media kami dan berkongsi karya mereka yang paling bermakna yang telah membantu meningkatkan kesedaran tentang diabetes dan hipertensi, serta mengetengahkan kepentingan menjalani gaya hidup sihat.”Anugerah ini terbuka kepada semua wartawan di Negara Asia dari platform Cetakan, Dalam Talian, Radio dan Multimedia. Karya paling kreatif dan berpengaruh yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan membuatkan masyarakat […]

trending_flat

PDRM telah lakukan siasatan terhadap Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 5 April 2024 - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah melakukan siasatan ke atas Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berhubung ucapan dan tindakan beliau berkaitan dengan isu stoking tertera Kalimah Allah yang dijual di KK Mart. Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Polis Negara IG Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM telah menerima dua (2) laporan polis terhadap Dr Akmal dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. "Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil." kata Tan Sri Razarudin. Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak lagi membangkitkan isu stoking tersebut memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation