trending_flat

Menteri Pertahanan terima kunjungan hormat Prabowo

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 - Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Prabowo Subianto telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Malaysia,Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan sempena lawatan khas ke Malaysia hari ini. Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), ia adalah pertemuan julung kali antara kedua-dua Menteri semenjak Mohamed Khaled menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan. "Semasa pertemuan tersebut, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada TYT Prabowo Subianto kerana dipilih sebagai Presiden Indonesia yang baharu berdasarkan keputusan rasmi Pemilihan Umum Indonesia 2024 baru-baru ini. Semasa pertemuan tersebut, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengungkapkan keyakinannya bahawa dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh TYT PrabowoSubianto, inisiatif-inisiatif yang dibawanya, terutama dalam bidang pertahanan, akan memberi kesan yang positif terhadap kestabilan dan keselamatan serantau." kata MINDEF. Menteri kedua-dua negara turutmenyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara. "Kedua-dua Menteri […]

trending_flat

Timbalan KPN dan isteri hadir imarahkan Program World #Quranhour 2024 di Masjid Negara

Sumber : FB PDRM Malaysia Kuala Lumpur, 4 April 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir mengimarahkan Program World #QuranHour 2024 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Masjid Negara, di sini, tengah hari tadi. Turut hadir, isteri Timbalan KPN selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin. Pada tahun ini, surah al-Jumu’ah diangkat sebagai surah pilihan dengan membawa tema “Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial” dengan menekankan penghulu hari Jumaat sebagai momentum penting bagi transformasi minda ummah seluruh dunia. Majlis yang berlangsung secara serentak di seluruh dunia dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu turut menampilkan bacaan Surah al-Jumu’ah daripada tiga qari yang pernah mendapat Johan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan […]

trending_flat

Majlis Kewangan Negara setuju tambah baik pemberian serta sokongan kepada Kerajaan Negeri

PUTRAJAYA, 4 April 2024 - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2024 yang dihadiri oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada hari ini. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), Mesyuarat Majlis Kewangan Negara kali ini bersetuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik pemberian serta sokongan kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2024. “Kerajaan Persekutuan komited untuk bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri dalam usaha memajukan pembangunan negara secara terangkum. Berlandaskan prinsip manusiawi dan ‘rahmatan lil alamin’ yang membentuk kerangka Ekonomi MADANI, penambahbaikan Pemberian kepada Kerajaan Negeri dapat memberi manfaat langsung kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau geografi. Peningkatan Pemberian melibatkan semua negeri di Malaysia dan akan diberikan secara serentak. Walhasil, besarlah harapan saya agar Pemberian ini dapat digunakan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri untuk menjamin kemaslahatan rakyat serta merancakkan pembangunan negeri […]

trending_flat

PM terima kunjungan hormat Prabowo

PUTRAJAYA, 4 April 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari ini menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto. Menurut Anwar dalam satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau, pertemuan di pejabat beliau tersebut merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia. "Momen ini kami gunakan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai karier masing-masing dan hala tuju seterusnya dalam merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia. Perjalanan karier politik kami yang hampir sama apabila diuji dengan pelbagai cabaran sebelum dilantik, juga menjadi topik perbincangan santai selain diselang-seli dengan kisah Prabowo sewaktu beliau melanjutkan pelajaran dan pendidikan menengah di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur." kata Anwar. Anwar sempat mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Prabowo yang bakal dilantik sebagai Presiden Indonesia Kelapan. Beliau juga berharap agar hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia terus erat dan diperkukuh demi […]

trending_flat

ALLO Rai Anak Yatim, Sumbang Bubur Lambuk Sempena Ramadan

KUALA LUMPUR, 3 April 2024 (Bernama) - Allo Technology Sdn Bhd (Allo), sebuah anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyantuni 50 anak-anak yatim dalam satu majlis yang diadakan di Bangi, baru-baru ini.Selain berkongsi rezeki dengan majlis berbuka puasa, Allo turut menyampaikan sumbangan am serta duit raya hasil sumbangan ikhlas warga Allo kepada anak-anak yatim yang diraikan daripada Pertubuhan Baitul Ulfah dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim dan Miskin Muhammad Al Fateh.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Ir. Mohamed Ghous Ahmad, program menyantuni anak-anak yatim di bulan Ramadan adalah cerminan budaya prihatin Allo terhadap golongan yang kurang bernasib baik di komuniti mereka beroperasi.“Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi milik penuh TNB, sifat prihatin adalah nilai teras utama yang menjadi pegangan syarikat kami. Kemunculan Ramadan ini memberi peluang kepada kami untuk menyantuni anak-anak yatim dengan meraikan mereka pada majlis berbuka puasa bersama,” katanya.Tahun lalu, warga […]

trending_flat

Klip Video Raya: MCMC rakam percakapan Aliff Syukri, sita telefon dan kad sim

CYBERJAYA, 3 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor pada hari ini. Dalam satu kenyataan, MCMC berkata rakaman percakapan tersebut adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan. Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. "Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan. Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut." kata MCMC. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588]. Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, […]

trending_flat

Kerajaan Persekutuan Perlu Beri Jaminan Terbuka Bahawa Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan Dilaksanakan Sebelum Belanjawan 2026

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Datuk Seri Azalina Othman Said semalam bahawa inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksanakan secara berfasa selama dua tahun melalui kajian emperikal di tiga buah negara. Berdasarkan perkembangan ini, Bersih ingin menyuarakan kekhuatiran kemungkinan agenda besar ini akan dilengahkan hingga ambang pilihan raya umum akan datang yang membawa kepada kegagalan untuk ia direalisasikan dalam mandat Kerajaan Perpaduan sedia ada. Bersih ingin mendapatkan penjelasan daripada YB Azalina: i) Adakah tempoh masa dua tahun yang diumumkan dalam kenyataan beliau semalam adalah tambahan masa kepada apa yang diumumkan oleh beliau pada tahun lepas? Pada 18 Ogos 2023, YB Azalina menyatakan bahawa kajian empirikal yang komprehensif berkaitan agenda ini akan berjalan dalam tempoh setahun iaitu berakhir pada tahun ini yang akan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation