Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri
Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari raya kini kian luntur dihakis peralihan zaman yang menyebabkan generasi Z cenderung kurang menghargainya. Generasi Z merujuk kepada kumpulan individu yang dilahirkan dalam kemajuan teknologi dengan akses kepada peranti digital seperti komputer, telefon pintar dan media sosial. Tradisi hari raya merangkumi pelbagai aspek budaya, agama, dan sosial yang berkaitan dengan perayaan Hari Raya, terutamanya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Tradisi yang dimaksudkan adalah bersilaturrahim, berrmaaf-maafan, berkunjung-kunjungan, berkongsi rezeki, berbaju raya, berkuih raya, menziarahi kubur, pulang ke kampung, bertakbir raya bersama-sama, menghias rumah dan sebagainya. Mengapa penting bagi Generasi Z ini memahami dan menghargai tradisi hari raya? Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Siti Nurmaliya Zakaria Hari raya bukan sekadar satu sambutan tetapi merupakan masa dan ruang yang berharga di mana ahli keluarga pulang ke kampung halaman […]