100 Induk Ikan Kelisa Emas dilepaskan bagi Usaha Konservasi
KERIAN 20 April 2024 - Sebanyak 100 ekor induk ikan kelisa emas bernilai RM150,000 dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ke Tasik Bukit Merah bagi memulihara dan memastikan kemampanan spesies tersebut di habitat semulajadinya. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan bin Hussain berkata pelepasan yang diadakan secara berperingkat bermula pada 17 April 2024 yang lalu mendapat kerjasama sepenuhnya dari penternak ikan kelisa emas di negeri itu. Usaha ini juga dilihat sebagai langkah untuk merancakkan dan mengembangkan semula industri ikan kelisa emas. “Bagi menjamin kejayaan usaha konservasi, penglibatan dan kerjasama semua pihak adalah perlu kerana saling bergantung di antara satu sama lain. Induk ikan kelisa emas yang dilepaskan hari ini merupakan sumbangan penternak di daerah ini. Kehadiran penternak serta komuniti nelayan pada hari ini jelas menunjukkan komitmen mereka dalam membantu jabatan menjayakan usaha pemuliharaan bagi menjamin kelestarian sumber. Pada tahun […]