IRC 2024: Menyelaras Keselamatan dan Inovasi Untuk Masa Depan Digital Yang Lestari
KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 - Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur pada hari ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Tema persidangan tersebut adalah ‘Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future,’ dan dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). “Sejajar dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk memacu inovasi dan memanfaatkan kepakaran teknologi,MCMC telah menghimpunkan barisan pakar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengawal selia, penggubal dasar dan delegasi ASEAN, untuk bertukar pandangan, memupuk kerjasama dan mempengaruhi trajektori kawal selia dalam landskap global yang semakin berkembang. Saya juga ingin mengumumkan bahawa Malaysia sedang giat merangka undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian bagi menangani ancaman dalam talian […]