trending_flat

Isu Sijil Halal Alagappa’s Selesai Mac Lalu, Tuduhan Guna Bahan Haram Tidak Benar

Oleh : JomCheck Timbul satu dakwaan di talian JomCheck tentang jenama rempah kari Alagappas’s milik Syarikat Alagappa Rice Flour Mill Sdn Bhd yang dikatakan menggunakan air kencing lembu dalam bahan produk keluaran mereka sehinggakan sijil halal dibatalkan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Beserta dengan hantaran tersebut adalah sebuah video audio siar (podcast) daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengulas isu penarikan balik sijil halal Alagappa’s. Semakan JomCheck melakukan semakan berdasarkan sumber rasmi pelbagai pihak dan inilah hasilnya: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Syarikat Alagappa Rice Flour Mill Sdn Bhd atas isu teknikal yang tidak ada kaitan dengan ramuan. Ia telah diselesaikan dan syarikat telah kembali diperakui sebagai pemegang SPHM yang sah. Sumber:Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tak-patuh-manual-prosedur-punca-sijil-halal-alagappa-flour-mills-ditarik-jakim-463546 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): https://www.instagram.com/myjakim/p/C40nd4Jpc1K/ Alagappa’s: https://www.facebook.com/Alagappas/posts/pfbid0c5pyngGcrMCokHwrnz1Bp2MoYS9mmV2aEKxCYMNxuWd9XXhnJrSk9fQR6vMh5AJdl Kronologi berhubung isu ini adalah: a. Kegagalan […]

trending_flat

Hargai ibu selagi ada

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Dalam institusi keluarga, ibu memainkan peranan yang penting. Ibaratnya, ibu merupakan madrasah atau sekolah yang pertama bagi anak-anak dan bapa sebagai mudir atau pengetua. Ibulah yang menjadi guru pertama untuk mengenal Allah dan Nabi. Ibu yang mengajar anak mengenal dan menyebut huruf, perkataan dan pertuturan. Ibu juga membesarkan dan merawat anak-anak dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada galang ganti dan membawa ke syurga. Tangan yang menghayunkan buaian mampu menggegarkan dunia dengan hasil hayunannya. Begitu besar jasa ibu dalam menguruskan rumahtangga dan kemenjadian anak-anak. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Apa yang menyedihkan dalam masyarakat kini, jasa ibu seringkali dilupakan. Ibu tidak dihormati dan disayangi oleh anak-anak, malah dalam sesetengah kes ibu mengalami pengabaian dan penderaan. Terdapat anak yang tergamak menjadikan ibunya umpama orang gaji dan pembantu rumah. Ada anak yang membuang ibunya […]

trending_flat

Majlis Raikan Syawal UM sifar plastik, didik tetamu lestari alam

Universiti Malaya (UM) pada tahun ini menganjurkan Majlis Raikan Syawal dengan kelestarian, apabila memutuskan untuk tidak menggunakan barangan plastik sekali guna untuk kegunaan tetamu. Tetamu yang hadir digalakkan untuk membawa bekas makanan masing-masing. Hal ini menyaksikan tiada sebarang penggunaan plastik digunakan sepanjang majlis berlangsung. Kebiasaannya di mana-mana majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya, jamuan sudah pastinya dipenuhi pinggan, cawan, sudu dan garfu plastik yang disediakan untuk para tetamu menjamah hidangan. Selain memberi kemudahan kepada pihak tetamu dan tuan rumah, penggunaan barangan plastik sekali guna sebenarnya memberi kemudahan kepada pihak penyedia makanan dari aspek logistik dan kos penyediaan. Berdasarkan laporan UN Environment Programme, sejak tahun 1950, kira-kira 9.2 bilion tan plastik telah dihasilkan, menghasilkan kira-kira 6.9 bilion tan sisa plastik primer. Lebih tiga perempat daripada sisa plastik ini dibuang dan berakhir di tapak-tapak pelupusan sampah dan persekitaran semula jadi di seluruh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation