Kerajaan laksanakan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI)
PUTRAJAYA 27 Mei 2024 - Susulan kenyataan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI iaitu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi. Menurut MOF, permohonan BUDI MADANI akan dibuka mulai 28 Mei 2024 dan terbuka kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak termasuk petani kecil dan pekebun kecil. "Pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu sementara petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi. Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori akan disalurkan BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel." kata MOF. Kriteria kelayakan bagi […]