trending_flat

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyatakan kekesalan terhadap lantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terbaharu tanpa semakan Parlimen. SPR melalui kiriman di laman Facebook mereka mengalu-alukan Ahli SPR terbaharu iaitu Datuk Haji Sapdin bin Ibrahim yang telah memulakan tugas pada Isnin (6 Mei) yang lepas. Perkembangan lantikan terbaharu SPR ini adalah sangat mengecewakan dan menunjukkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani tidak serius untuk mereformasi SPR. Kedua-dua PH dan BN merupakan komponen terbesar di dalam Kerajaan Madani kini, namun kedua-dua gabungan tersebut tidak menghormati manifesto yang mereka sendiri rangka, sekaligus memperkukuhkan persepsi bahawa Kerajaan Madani tidak serius dalam usaha untuk mereformasikan institusi dan membawa budaya politik yang lebih progresif serta inklusif. BERSIH ingin mengingatkan bahawa kedua-dua Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjanjikan untuk pelantikan jawatan-jawatan utama akan disemak […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Vanuatu

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Vanuatu pada jam 4:17 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:17 petang, 8 Mei 2024Koordinat: 15.0° Selatan 168.1° TimurLokasi: VanuatuMagnitud: 6.2Jarak: 542km Tenggara dari Lata,Kepulauan SolomonKedalaman: 66 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena tidak berbalik yang berupaya menjejaskan struktur ekonominya seperti berlakunya peningkatan kos sara hidup dari semasa ke semasa. Perkara ini ditambah lagi dengan berlakunya peningkatan kos pengeluaran bagi suatu barangan yang akan mendorong kepada peningkatan kadar keberhutangan seseorang individu sehingga mampu untuk mendatangkan ancaman kesejahteraan kepada keadaan kewangan individu tersebut. Dr. Nurul Ashikin Alias Selain itu, kebanyakan daripada individu juga hidup dalam keadaan menanggung hutang, sama ada hutang peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan juga hutang-hutang yang lain. Bagaimanapun ia bukanlah suatu hal yang buruk jika pengurusan hutang tersebut mampu dikawal dengan baik. Apa yang menjadi kerisauan adalah apabila seseorang individu tersebut berhutang di luar dari batas kemampuannya. Disebabkan faktor inilah menunjukkan betapa pentingnya literasi kewangan yang tepat diperlukan oleh seseorang individu. Berdasarkan pemerhatian di kalangan golongan belia Malaysia, […]

trending_flat

Malaysia mempunyai beberapa produk berpotensi dieksport ke Arab Saudi

PUTRAJAYA, 8 Mei 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr. Majid bin Abdullah Al-Kassabi di Wisma Tani, Putrajaya semalam. Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), pertemuan sulung kedua-dua pemimpin itu membincangkan kerjasama dua hala terutamanya dalam sektor pertanian, penyelidikan dan usaha untuk meningkatkan akses pasaran. "YB Menteri menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Arab Saudi seperti buah-buahan tropika iaitu buah nangka dan nanas, produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan (termasuk makanan haiwan berasaskan protein serangga yang diproses), produk sedia untuk dimakan (ready-to-eat), produk telur, tenusu serta produk akuatik seperti ikan patin sejuk beku. Di samping itu, pihak MARDI menyatakan hasrat untuk menyambung kerjasama sedia ada antara MARDI dan National Research and Development Center for Sustainable Agriculture (ESTIDAMAH) terutamanya […]

trending_flat

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam industri pembinaan Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan rancangannya untuk mengumpul kira-kira RM103.98 juta melalui penempatan persendirian, di mana RM12 juta telah diselesaikan pada 28 Disember 2023, dan terbitan hak dengan waran. Dana ini akan digunakan untuk membiayai pengambilalihan Taghill Projects Sdn. Bhd. (“Taghill”). Terbitan hak dengan waran, bernilai RM91.98 juta, akan ditaja jamin olehM & A Securities Sdn. Bhd. ("M & A Securities"), Penasihat Utama, Penaja Jamin Urusan dan Penaja Jamin Bersama kepada Syarikat, serta NewParadigm Securities Sdn. Bhd. (“NewParadigm”), Penaja Jamin Bersama kepada Siab. Usaha ini menyokong pengambilalihan Taghill, satu langkah yang direka untuk meningkatkan trajektori pertumbuhan Syarikat, di mana harga pembelian Taghill ditetapkan pada RM122 juta, diselesaikan dengan wang tunai RM96 juta dan terbitan 200 juta Siab baharu saham pada RM0.12 sesaham seperti yang diperincikan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Syarikat […]

trending_flat

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya (https://www.asean.or.jp/). Pada halaman atas tapak web menunjukkan slogan baharu AJC: “Membina Jambatan, Menghubungkan Hati ke Hati” dengan ilustrasi unik yang mempamerkan kepelbagaian dan semangat kerjasama antara ASEAN dan Jepun.Di samping mempamerkan dan melaporkan aktiviti AJC, laman web baharu itu turut menampilkan maklumat grafik, 'Sekilas Imbas Maklumat Asas ASEAN-Jepun', pangkalan data ASEAN yang menyediakan akses kepada data mengenai perdagangan dan pelaburan ASEAN, termasuk petunjuk ekonomi asas dan Pendedahan Indeks Kelebihan Perbandingan (RCA), serta data berkaitan pelancongan seperti gambaran keseluruhan bilangan pelawat ke rantau ini, dan kandungan temu bual 'The People of ASEAN-Japan' yang memaparkan kisah orang yang menghubungkan rakyat ASEAN -Wilayah Jepun. Laman web ini bertujuan untuk memberi lebih ramai orang peluang untuk mengetahui tentang hubungan ASEAN-Jepun berasaskan kepercayaan dari perspektif yang berbeza. Kandungan akan dikemas kini dari semasa […]

trending_flat

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan Pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan dan mencalar imej Malaysia untuk menjadi hub Pendidikan antara terbaik di Asia Tenggara dan dunia amnya. Laporan menunjukkan seolah-olah Malaysia masih berada di takuk yang lama sekalipun suku abad pertama telah pun hampir tamat dan negara sedang bersedia untuk menghadapi suku abad kedua di abad ke-21 ini. Dr Abd Razak Zakaria Laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia tersebut agak negetif merujuk kepada kualiti pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat. Enrolmen yang tinggi di prasekolah dan sekolah rendah namun murid-murid dilihat masih tidak menunjukkan kesediaan untuk belajar dan penguasaan mereka terhadap kemahiran asas sangat rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam misi mencapai zero defect dalam membekalkan pendidikan berkualiti seharusnya melihat kembali akan standard pembelajaran yang digariskan dalam mencapai objektif pendidikan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation