Etika didik hibur menggunakan media sosial di sekolah
Oleh: Dr. Abd. Aziz Rekan, Hafeezur-Rahman Awel Didik hibur adalah pedagogi yang menyatukan unsur-unsur pendidikan (didik) dengan elemen hiburan dalam satu aktiviti atau pengalaman pembelajaran. Dalam konteks ini, kegiatan pendidikan tidak hanya dipandang sebagai proses yang terlalu serius dan formal, tetapi juga sebagai suatu pengalaman yang menggembirakan dan merangsang minat serta keinginan untuk belajar. Pendekatan ini juga membuat pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat membantu murid memahami dan mengingati maklumat dengan lebih baik. Aktiviti-aktiviti dalam didik hibur yang dijalankan mungkin tidak hanya memfokuskan kepada penyampaian fakta dan konsep, tetapi juga melibatkan interaksi sosial dan kreativiti. Dr. Abd. Aziz Rekan Hafeezur-Rahman Awel Dengan cara ini, pembelajaran menjadi lebih menyeluruh dan berkesan, serta membantu mengembangkan pelbagai aspek kemahiran dan kepintaran murid. Dalam konteks pendidikan moden, didik hibur merupakan kaedah penting kerana setiap murid dianggap mempunyai cara pembelajaran yang berbeza dan salah satunya adalah […]