Gempa bumi kuat melanda Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 1:01 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:01 pagi, 13 Jun 2024Koordinat: 4.3° Utara 126.8° TimurLokasi: Kepulauan Talaud, IndonesiaMagnitud: 6.1Jarak: 29km Timur Laut dari Pulau Talaud,IndonesiaKedalaman: 28 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.