trending_flat

UM perkasa pendidikan halal dalam kalangan mualaf

Halal merujuk kepada segala sesuatu yang dibenarkan atau diizinkan menurut ajaran agama Islam. Istilah halal sering digunakan terutamanya dalam konteks makanan dan minuman, di mana ia merujuk kepada produk-produk makanan dan minuman yang telah mendapat pengiktirafan halal dari pihak berwajib. Pengiktirafan ini menjamin bahawa produk tersebut mematuhi piawaian halal, bersih, dan selamat untuk digunakan. Konsep halal tidak terhad kepada makanan dan minuman sahaja, tetapi juga boleh diterapkan dalam pelbagai aspek kehidupan lain, termasuk pendapatan dan hubungan sosial. Dalam konteks ini, halal merangkumi segala sesuatu yang selaras dengan ajaran Islam dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip agama tersebut. Bagi memastikan pemahaman yang menyeluruh dalam ilmu halal, pendidikan mengenai hal ini perlu disampaikan secara efektif dan berterusan kepada semua segmen masyarakat, termasuklah golongan mualaf. Atas semangat inilah sekumpulan pelajar tahun kedua Sarjana Muda Syariah, dengan pengkhususan dalam Fiqh dan Usul dari Akademi Pengajian […]

trending_flat

Fikirkan naturalisasi untuk ragbi

Oleh Dr Mohd Firdaus Abdullah Baru-baru ini, bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia, saya berkesempatan menonton perlawanan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 antara pasukan Malaysia menentang Hong Kong. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia tewas dengan keputusan 70 berbalas 6 kepada pasukan yang berada di ranking ke-24 dunia itu. Dr Mohd Firdaus Abdullah Namun, saya yakin pasukan Malaysia, atau dikenali sebagai Bunga Raya, yang berada di kedudukan ranking ke-47 dunia ini mampu memberikan persembahan yang lebih baik sekiranya mempunyai program dan perancangan yang strategik. Salah satu pendekatan yang boleh dipertimbangkan adalah melalui program naturalisasi, sebagaimana yang dipraktikkan oleh pasukan ragbi Hong Kong. Walaupun saya akui terdapat kemungkinan inisiatif sebegini akan menimbulkan perdebatan, pendekatan ini sebenarnya dapat memberikan peningkatan serta-merta dari aspek kemahiran, pendedahan antarabangsa, dan kelebihan daya saing, kepada pasukan ragbi kebangsaan. Dan peningkatan ini sudah pun berjaya dibuktikan di dalam sebuah […]

trending_flat

Membentuk Anak Muda: Talentcorp membantu Program Invest4good yang diketuai oleh dua Pakar Malaysia di UK untuk membawa Teknologi Robotik & AI ke Sekolah di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2024 (Bernama) -- Untuk memperluas strategi dalam memanfaatkan kepakaran rakyat Malaysia di luar negara, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), memperkukuh komitmennya untuk memperkasa rakyat Malaysia agar dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dengan menyediakan platform yang menghubungkan komuniti rakyat Malaysia di seluruh dunia. Melalui inisiatif Malaysia at Heart (MyHeart), TalentCorp bekerjasama dengan Social Value Malaysia (SVM) untuk menyokong program Invest4Good di Lahad Datu, Sabah, yang akan bermula pada bulan Ogos tahun ini. Dalam sebuah program anjuran TalentCorp yang diadakan baru-baru ini di London yang turut dihadiri oleh 300 rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom, YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA telah mengumumkan bahawa TalentCorp akan memperuntukkan £10,000.00 (kira-kira RM 60,000.00) untuk kerjasama tersebut. Dana ini akan membantu memperkasa 60 guru sekolah di Lahad Datu untuk membolehkan mereka melatih lebih daripada 120 pelajar […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation