Konsep BNPL galakkan rakyat Malaysia berhutang
Oleh Dr. Nurul Ashikin Binti Alias Perkembangan trend semasa perniagaan di platform e-commerce menunjukkan perubahan yang pantas dan lebih mendapat sambutan semenjak berlakunya pandemik COVID-19. Sebelum wujudnya era perniagaan platform e-commerce, kaedah pembelian yang dilakukan oleh pengguna adalah secara konvensional iaitu pengguna perlu pergi ke kedai tersebut secara fizikal dan membeli untuk mendapatkan barang yang dikehendaki. Namun kini, terdapat pelbagai platform e-commerce yang berada di pasaran sama ada Shopee, Lazada, Ebay, Etsy dan pelbagai lagi yang saling bersaing antara satu sama lain. Dr. Nurul Ashikin Binti Alias Bagi menarik pengguna untuk menggunakan platform tersebut, pelbagai strategi pemasaran dan perniagaan yang telah dilakukan bagi memastikan kelangsungan perniagaan tersebut. Antara strategi perniagaan yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan kaedah pembayaran melalui Buy Now Pay Later (BNPL) atau Beli Dahulu Bayar Kemudian. Melalui kaedah ini seseorang individu boleh membeli sesuatu item dan membayar item […]