trending_flat

UM murnikan hubungan Malaysia-Timor Leste

KUNJUNGAN HORMAT DAN UCAP TAMA MENTERI DALAM NEGERI YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL DI PROGRAM ANJURAN INPUMA-UMLEAD, 8 JULAI 2024 Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan dan Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (INPUMA-UMLEAD) Universiti Malaya (UM) telah menerima kunjugan hormat daripada Menteri Dalam Negeri YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sewaktu penganjuran Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) Khas Timor Leste, pada 8 Julai 2024 di Hotel Wyndham Grand, Bangsar Kuala Lumpur. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Pada tahun ini, INPUMA UM telah diberi kepercayaan tinggi oleh Sekretariat MTCP, Kementerian Luar Negeri untuk mengemukakan dan berkongsi pengalaman polisi awam dan kempimpinan Malaysian dalam program bina upaya bertemakan tata kelola baik, reformasi institusi dan pembinaan maasa depan yang berdemokrasi. Penganjuran ini amat bertepatan dengan pendirian terbuka Malaysia yang menyokong permohonan keanggotaan Timor Leste untuk menyertai Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara […]

trending_flat

Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 hala tuju industri buluh

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 - Bagi memastikan industri buluh negara terus dipertingkatkan, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Industri Perkayuan Negara (MTIB) telah menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 sebagai hala tuju. Menurut Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sidang Dewan Rakyat hari ini, pelan tindakan itu memberi tumpuan kepada 5 teras strategik pembangunan iaitu: Pengukuhan Dasar dan Perluasan Sumber; Peningkatan Modal Insan, Kepakaran dan Kapasiti; Pengukuhan Inovasi, Teknologi dan R&D&C (Research, Development & Commercialization); Pemerkasaan Rantaian dan Jaminan Kualiti; dan Pengukuhan Strategi Pemasaran dan Perkongsian Pintar. "Di bawah Pelan ini juga, Kementerian menyasarkan pengembangan pasaran eksport dan penggunaan domestik buluh sehingga RM85 juta menjelang tahun 2030. Perdagangan eksport buluh dan produk berasaskan buluh pada tahun 2023 berjumlah RM20.1 juta berbanding pada tahun 2022 sebanyak RM13.7 juta. Ini menunjukkan peningkatan 47.2% daripada tahun sebelumnya. Produk buluh […]

trending_flat

Kerajaan Negeri hanya belanja 16 peratus kos Fan Bingbing

Oleh NURSALIAWATI SALBERI / MELAKA HARI INI SERI NEGERI 9 Julai – Kerajaan Negeri hanya membelanjakan 16 peratus atau RM77,850 bagi program promosi Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, Fan Bingbing di Melaka. Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, baki perbelanjaan iaitu sebanyak 84 peratus atau RM420,497 ditaja oleh pihak swasta. Abdul Razak berkata, kos keseluruhan sepanjang tiga hari aktres antarabangsa dari China itu berada di Melaka adalah sebanyak RM498,347. “Sebagai makluman Kerajaan Negeri Melaka mengeluarkan kos sebanyak RM77,850 bagi membawa Fan Bingbing ke Melaka sebagai Duta Setiakawan, jumlah ini merangkumi kos promosi dan penganjuran program. “Manakala kos utama lain seperti tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, ‘ground handling’ dan kos perkhidmatan profesional termasuk ‘projector mapping’ di Encore Melaka berjumlah RM420,497 bersamaan 84 peratus ditanggung sepenuhnya melalui penajaan syarikat swasta,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab […]

trending_flat

Hasil Perbincangan Berhubung Pandangan Islam Terhadap Isu Boikot Sempena Persidangan Meja Bulat (Tertutup) Anjuran IKIM pada 27 Jun 2024 (Khamis)

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 (Bernama) -- Sejak akhir-akhir ini ada beberapa siri kempen boikot yang digerakkan oleh umat Islam di negara kita sehingga memberi kesan yang kurang baik terhadap ekonomi orang Islam dan juga keharmonian kaum. Boikot untuk produk-produk rangkaian francais antarabangsa dicetuskan ekoran kekejaman genosid dilakukan terhadap umat Islam di Palestin bermula 7 Oktober 2023; manakala boikot untuk sesetengah produk tempatan dilakukan ekoran daripada penemuan kalimah Allah pada stoking di salah sebuah rangkaian pasaraya.   Pada 3 Mei 2024, YB. Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato Setia Dr. Hj. Mohd. Naim bin Hj. Mokhtar telah mengarahkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) untuk mengkaji isu boikot ini sedalam-dalamnya secara ilmiah melalui perbincangan tertutup.  Sehubungan itu, dua buah pusat akademik IKIM iaitu, Pusat SYARAK dengan kerjasama Pusat EMAS IKIM menganjurkan Persidangan Meja Bulat (Round Table Discussion) pada 27 Jun 2024 bagi mendapatkan […]

trending_flat

Tanggungjawab bina dan selenggara parit di bawah PBT

KUALA LUMPUR 9 Julai 2024 - Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato' Sri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa pengurusan sistem saliran dan perparitan diuruskan oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuklah juga lain-lain agensi dan pemaju berkaitan. Menurut Fadillah di sidang Dewan Rakyat pagi ini, merujuk kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), tanggungjawab untuk membina dan menyenggara parit adalah di bawah PBT. "Walau bagaimanapun, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan sentiasa bekerjasama dengan agensi terbabit dalam memastikan sistem saliran dapat berfungsi dengan baik. Bagi tujuan pelarasan di peringkat institusi, Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah menggariskan pembahagian tanggungjawab di antara PBT dan JPS. Semua sistem saliran dalaman iaitu sistem saliran buatan atau perbandaran adalah dibawah tanggungjawab PBT manakala sistem saliran semulajadi […]

trending_flat

150 Tabika Pra Tahfiz KEMAS di Melaka

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID BANDA HILIR 8 Julai – Sebanyak 150 Tabika Pra Tahfiz di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) disasarkan akan beroperasi di Melaka. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, buat masa ini pembukaan tabika yang memberi fokus kepada pendidikan agama Islam itu masih di peringkat permulaan di negeri ini. Namun, beliau menjangkakan tabika berkenaan akan beroperasi dalam skala penuh menjelang tahun hadapan. “Buat masa ini, kita dalam fasa melatih guru-guru untuk mengajar anak-anak Pendidikan Islam yang memberi penekanan khusus terhadap dua aspek iaitu pembelajaran ibadah dan pengajian Al-Quran di tabika ini nanti. “Tabika Pra Tahfiz KEMAS ini dibuka kepada sesiapa sahaja tidak mengira latar belakang keluarga kerana matlamat utamanya adalah untuk memberi pendedahan agama sejak kecil kepada anak-anak. “Kita menyasarkan sebanyak 150 Tabika KEMAS Pra Tahfiz akan beroperasi di Negeri […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation