trending_flat

Kerajaan serius terhadap perlindungan data peribadi – Gobind

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 - Kerajaan telahpun hari ini membentangkan Rang Undang-undang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pindaan ini menunjukkan bahawa Kerajaan memandang serius masalah ketirisan data peribadi. Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo di dalam sidang media di Parlimen hari ini, dalam tempoh Oktober 2023 hingga Mac 2024, statistik jumlah aduan yang diterima menunjukkan trend peningkatan sebanyak 5.1% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Katanya sebanyak 322 aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi telah diterima oleh Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP). Sebanyak 157 aduan telah diterima pada suku keempat tahun 2023 manakala 165 aduan diterima pada suku pertama tahun 2024. "Bagi statistik pelanggaran data peribadi secara khususnya, trend meningkat dengan lebih ketara iaitu sebanyak 41% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Pada suku keempat tahun 2023, Pejabat Pesuruhjaya PDP telah menerima sebanyak 27 notifikasi pelanggaran […]

trending_flat

Seni & Kreatif Jambatan Perpaduan Rakyat Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Baru-baru ini kecoh laporan di media massa mengenai rumah banglo kepunyaan biduanita negara Sharifah Aini yang telah dirobohkan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan premis bangunan pejabat. Malah menurut wakil syarikat pemaju tersebut, CK Tang beliau juga terkejut apabila mengetahui tentang pemilik asal rumah banglo tersebut dan melahirkan rasa kagum dengan reka bentuk asal rumah banglo itu. Sebenarnya perobohan sesuatu premis untuk pembangunan semula bukanlah sesuatu yang pelik, namun perkara ini mendapat perhatian media dan orang ramai kerana bekas pemiliknya adalah Allahyarham Datuk Sharifah Aini, biduanita negara bersuara emas yang dikenali oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan peringkat umur, termasuklah wakil syarikat pemaju yang melahirkan rasa kagum dengan koleksi muzik yang ada di dalam banglo tersebut. Lagu-lagu beliau kekal evergreen dan karya dan legasi biduanita bersuara emas ini telah menyatukan rakyat Malaysia melalui bidang seni. “Tepuk amai-amai.. belalang…“ Mungkin sebahagian besar […]

trending_flat

foodpanda Malaysia menawarkan kemudahan lebih berpatutandengan set menu pilihan ‘Meal For One’ daripada RM 11

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 – foodpanda, salah satu platform penghantaran makanan dan barangan runcit terkemuka di Malaysia, telah melancarkan Meal For One – pilihan hidangan solo baru dengan harga semua termasuk dan tiada perbelanjaan minimum. Ciri ini memperkenalkan kemudahan dan kemampuan lebih besar bagi pesanan tunggal, memperkenalkan set menu yang dipilih khas daripada lebih 2,000 restoran dengan jenama yang terkenal seperti Street Churros, Pizza Hut, KFC, The Chicken Rice Shop, Kenangan Coffee, serta kegemaran tempatan termasuk D’Laksa, Sate Kajang Haji Samuri, Ayam Penyet Best, Ali, Muthu & Ah Hock dan Original Penang Kayu Nasi Kandar. Selain direka untuk memenuhi keperluan makan solo, Meal For One juga berfungsi sebagai pesanan bebas dalam pesanan berkumpulan. Fungsi ini membolehkan pelanggan memesan dari restoran yang berbeza sebagai satu kumpulan. “Kami menyedari permintaan yang semakin meningkat dari pemakan solo untuk pilihan makanan yang mudah […]

trending_flat

Makluman produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:1. Nama Produk : Ailas Wild Rose Petal Face Cream Racun Berjadual yang dikesan : Tretinoin dan Merkuri  2. Nama Produk : Desha Night Cream (Moisturizer) Racun Berjadual yang dikesan : Tretinoin dan Merkuri  Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUALMerkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu […]

trending_flat

Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia Minggu Epidemiologi 26 (23 Jun 2024 – 29 Jun 2024)

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-26 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,788 kes berbanding 2,438kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 tahun 2024.  Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 60 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  40 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 adalah sebanyak 78 lokaliti berbanding 81 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 78 lokaliti yang dilaporkan, 61 lokaliti di Negeri Selangor, lima (5) lokaliti di Perak, empat (4) lokaliti di Kedah, tiga (3) lokaliti di Negeri Sembilan, dua (2) lokaliti di WPKL & Putrajaya, dua (2) lokaliti di Sarawak […]

trending_flat

Majlis taklimat status pembangunan infrastruktur komunikasi di Genting Highlands oleh MCMC

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 (Bernama) -- Satu taklimat berkenaan status pembangunan 5G dan ketersediaan infrastruktur gentian optik telah disampaikan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dan Edotco Group Sdn Bhd. Perbincangan serta sesi soal jawab turut diadakan bersama pihak penyedia perkhidmatan bagi merangka pelan penambahbaikan liputan 5G di Genting Highlands, menjadikan kawasan ini lebih bersedia sebagai destinasi pelancongan utama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Dengan matlamat untuk memberi kefahaman yang jelas kepada semua pihak berkepentingan khususnya penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengenai usaha memperluaskan rangkaian infrastruktur dan meningkatkan capaian perkhidmatan jalur lebar di Genting Highlands, MCMC Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Taklimat Status Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di Genting Highlands bertempat di Genting International Convention Centre (GICC). Majlis ini dihadiri Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi Eksekutif MCMC, Bukhari Yahya, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, Naib Presiden Genting Malaysia Berhad Jimmy Wong, serta wakil-wakil […]

trending_flat

Masjid Pertama di Pahang dinobatkan sebagai Masjid Hijau

~ Pencetus kepada pembentukan komuniti yang lebih peka terhadap kelestarian alam sekitar~TEMERLOH JAYA, 9 Julai 2024 (Bernama) -- Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah dinobatkan sebagai Masjid Hijau pertama di negeri Pahang di bawah program Rumah Ibadat Hijau (RIH) bersempena dengan Karnival Rumah Ibadat Hijau. Masjid ini bakal menjadi mercu tanda amalan mesra alam dan mempromosikan gaya hidup hijau yang mengurangkan pencemaran, terutamanya pelepasan gas rumah hijau. Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) menegaskan bahawa inisiatif di sebalik program RIH adalah untuk menggalakkan gaya hidup yang bukan sahaja memberi manfaat kepada bumi, tetapi juga meningkatkan kesihatan fizikal dan kesejahteraan hidup individu, seterusnya melahirkan masyarakat yang lebih produktif. Antara aktiviti menarik yang dijalankan semasa karnival ini adalah memanah, sepak takraw, larian keluarga ceria, pertandingan mewarna, kutip sampah sambil beriadah, pameran kelestarian alam, dan pameran kenderaan elektrik. Mempromosikan gaya hidup hijau […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation