trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Mindanao,  Filipina

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Mindanao,  Filipina pada pukul 10:13 pagi tadi. Walaupun gegaran dirasai di sekitar Sabah dan WP Labuan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:13 pagi, 11 Julai 2024Koordinat: 6.1° Utara 123.3° TimurLokasi: Mindanao,  FilipinaMagnitud: 6.6Jarak: 154km Tenggara dari Isabela City, FilipinaKedalaman: 632 km "Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan." kata MET Malaysia.

trending_flat

Papan tanda ‘1 Kampung 1 Pantun’ Melaka ditambah baik

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI AYER KEROH 11 Julai – Kerajan Negeri akan menambah baik pemasangan papan tanda 1 Kampung 1 Pantun seperti yang diperkenalkan sebelum ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan terdapat kawasan kampung yang telah membina struktur papan tanda pantun di pintu masuk kampung, namun ada juga yang hanya menggunakan kain rentang. Jelasnya, satu prosedur operasi standard (SOP) baharu akan diperkenalkan bagi menambah baik dan menyelaras pelaksanaan itu di setiap kampung. “Kita melihat kebanyakan SOP sebelum ini ada yang tidak diikuti kerana ada dalam kalangan mereka tidak mengetahui kaedah bagaimana untuk memastikan papan tanda ini boleh dilihat oleh masyarakat. “Justeru itu, kita akan menambah baik perkara ini tidak lama lagi bagi memastikan ia selaras di setiap kampung,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malam Sirih […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada pukul 5 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:00 pagi, 11 Julai 2024Koordinat: 5.6° Selatan 100.6° TimurLokasi: Barat Daya Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 269km Barat Daya dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation