Minetech peroleh kontrak RM4.05 juta untuk projek bandar perindustrian Banting

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2024 – Minetech Resources Berhad ("Minetech" atau "Syarikat"), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Minetech Construction Sdn Bhd (“MCSB”), telah dianugerahkan Letter of Award ( “LOA”) daripada VED Engineers Sdn Bhd ('VED Engineers") untuk melaksanakan pembinaan dan penyiapan jalan dan kerja-kerja perparitan untuk Bandar Perindustrian Banting (Sebahagian daripada Fasa 2D). Kontrak itu bernilai RM4.05 juta dan menggariskan perkembangan Minetech dalam projek kejuruteraan awam dan infrastruktur. Projek yang beralamat di Lot 79116, Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan,  melibatkan pembangunan infrastruktur kritikal yang mana penting untuk pertumbuhan bandar perindustrian. Kontrak itu bermula pada 28 Jun 2024 dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan. Encik Abang Abdillah Izzarim, Pengerusi Eksekutif Minetech, menyatakan mengenai projek baharu itu: “Penganugerahan projek ini kepada Minetech menambah sokongan dalam pembangunan infrastruktur. Kontrak Bandar Perindustrian Banting bukan sekadar bukti kepakaran teguh kami dalam kejuruteraan awam, tetapi juga peningkatan strategik kepada kelebihan daya […]

trending_flat

Merenung maksud hijrah melalui niat dan keazaman yang baik 

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Di Malaysia, saban tahun kita menyambut Maal Hijrah bersempena masuknya tahun baru Islam. Pelbagai perbahasan telah dibincangkan oleh para ilmuwan tentang Hijrah, namun apa yang juga perlu direnungi ialah maksud dan tujuan sambutan itu diadakan. Ia bukan sekadar untuk memperingati peristiwa bersejarah hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat ke bumi Yathrib, tetapi penghijrahan itu sendiri sarat dengan pengajaran dan panduan yang bermakna. Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Kemahuan untuk berhijrah memerlukan suatu tekad, keazaman dan pengorbanan yang tinggi. Bayangkan, umat Islam di kala itu perlu meninggalkan tanah air tempat kelahiran, - mungkin selamanya tanpa mengetahui bila akan kembali- ; meninggalkan harta benda yang telah sekian lama diusahakan; serta meninggalkan ahli keluarga dan sahabat handai yang hidup dan membesar bersama. Perjalanan hijrah itu pula tidak mudah, terpaksa […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Pulau Vancouver

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Pulau Vancouver pada jam 11:08 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:08 malam, 11 Julai 2024Koordinat: 48.8° Utara 128.8° BaratLokasi: Pulau VancouverMagnitud: 6.0Jarak: 421km Barat dari Vancouver,KanadaKedalaman: 10 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation