trending_flat

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan siri dialog bersama pemain industri sektor peruncitan hari ini. Ia adalah susulan dari arahan Perdana Menteri yang mahu supaya semua Kementerian mengadakan dialog untuk mendapatkan input bagi Belanjawan 2025. Siri dialog yang diadakan tersebut meliputi empat badan gabungan iaitu Malaysia Retailers Association (MRA), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Bumiputera Retailers Organization (BRO) dan Persatuan Pemborong Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) bertempat di Menara SSM, Kuala Lumpur. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan hari ini, pelbagai perkara dibincangkan yang memberikan fokus kepada usaha merangsang pembangunan sektor peruncitan sekali gus meningkatkan sumbangan sektor ini terhadap pencapaian agenda Ekonomi Madani. Ia termasuk menangani isu-isu berbangkit yang dihadapi oleh pemain industri sektor peruncitan dan komitmen mereka dalam agenda […]

trending_flat

MCMC siasat dua suspek hantar komen jelik

CYBERJAYA, 16 Julai 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa dua suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan bersifat provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform TikTok pada 9 Julai lepas. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata bahawa sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua suspek telah dijalankan semalam setelah aduan diterima daripada orang awam. Dalam operasi yang dijalankan, kad sim dan telefon pintar milik kedua-dua suspek yang digunakan untuk memuat naik komen jelik itu telah disita bagi membantu siasatan. Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada kedua-dua suspek mengikut prosedur yang ditetapkan." kata MCMC. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Seksyen tersebut melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi yang antara lain bersifat jelik, […]

trending_flat

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Dewan Bankuet Canseleri Kompleks Tun Abdul Razak UMPSA kampus Pekan, Pahang. Majlis tersebut telah berlansung pada 11 Julai lepas. MOU telah ditandatangani oleh Encik Khairuzamri M Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Yang Berbahagia Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah. "LPNM adalah agensi yang bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memajukan industri nanas negara. Peningkatan permintaan nanas dalam dan luar negara memberikan satu cabaran kepada kami untuk memastikan industri nanas Malaysia sentiasa berada di landasan yang betul dan memberikan impak yang baik kepada pengusaha, penjual dan pengguna akhir. Kerjasama ini membuka peluang besar bagi LPNM mengembangkan ilmu dan kemahiran dalam bidang penyelidikan dan teknologi pertanian. Melalui kerjasama ini, LPNM bakal […]

trending_flat

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah RM2.5 juta kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi membiayai pelaksanaan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi tahun ini. Daripada jumlah itu, RM2 juta untuk program pembangunan perniagaan dan RM500,000 untuk Tabung Pendidikan Angkasa. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyampaikan replika cek kepada Presiden Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam majlis ringkas sebelum Taklimat Kongres Koperasi Malaysia 2024 di Bilik Gerakan KUSKOP, di sini, hari ini. Ewon berkata, peruntukan sebanyak RM2 juta adalah untuk membantu koperasi mengembangkan perniagaan serta meningkatkan jaringan perniagaan. Selain itu katanya, dana itu juga bertujuan memasarkan produk secara dalam talian atau fizikal untuk pasaran domestik dan antarabangsa. “Saya berharap program pembangunan perniagaan koperasi melalui ANGKASA ini dapat membantu mendapatkan sijil halal dan program pembangunan lain seperti […]

trending_flat

Air Selangor Lantik Adam Saffian Ghazali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2024 - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengumumkanpelantikan Adam Saffian Ghazali selaku Ketua Pegawai Eksekutif baharu, berkuat kuasa 15 Julai 2024. Adam menggantikan Ir. Abas Abdullah, yang berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dari 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2024. Ir. Abas kini meneruskan khidmatnya sebagai Pengarah/Ketua Operasi. Adam mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam industri perkhidmatan air dan utiliti. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Pegawai Eksekutif Aliran Ihsan Resources Berhad; Pengurus Besar, Projek Khas di MMC Corporation Berhad; dan Ketua Pegawai Kewangan Pengurusan Aset Air Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat di PricewaterhouseCoopers. Sebelum menyertai Air Selangor, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam Cukai Gunaan daripada University of New South Wales dan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation