trending_flat

PETRA pandang serius isu mikroplastik sebagai bahan pencemar baru

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 - Sebagai usaha untuk mengetengahkan isu berkaitan bahan cemar baharu termasuk mikroplastik, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan kualiti air. Menurut Menterinya Dato' Sri Haji Fadillah Yusof, di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini, berdasarkan kajian NAHRIM terhadap enam (6) lembangan sungai telah mengumpul data purata kelimpahan mikroplastik di setiap lembangan sungai terpilih dan seterusnya ke laut adalah dipengaruhi oleh aktiviti antropogenik seperti industri dan domestik. Katanya lagi, pada ketika ini masih belum ada had piawaian pematuhan berkaitan bahan cemar baharu mikroplastik di dalam air. Contohnya, proses rawatan air perlu diberi perhatian bagi menjamin kualiti air yang selamat. "Maklumat daripada hasil penyelidikan NAHRIM sangat penting bagi tujuan penambahbaikan dan pengukuhan garis panduan, polisi dan akta sedia ada dalam usaha Kerajaan mengawal pencemaran […]

trending_flat

Buli siber : Kerajaan sedang teliti keperluan gubal undang-undang baharu bersesuaian dengan keperluan semasa

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 - Kementerian Komunikasi bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri (Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Kementerian Digital dalam usaha untuk menangani isu buli siber. Menurut Menterinya, Fahmi Fadzil di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini, satu mesyuarat Berkaitan Isu Buli Siber telah diadakan pada 10 dan 17 Julai 2024. "Mesyuarat pada 17 Julai 2024 telah dipengerusikan secara bersama oleh saya, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Digital serta turut dihadiri YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri. Dalam mesnyuarat ini beberapa perkara telah dibincangkan termasuk aspek kawal selia, aspek penguat kuasaan, aspek undang-undang, serta isu-isu yang munglin melibatkan perlara-perkata berkaitan dengan […]

trending_flat

Sindrom ‘Turbo Cancer’ Hanyalah Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Penggunaan Vaksin

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Ada yang bertanya kepada kami tentang kesahihan video yang menyatakan munculnya sindrom ‘turbo cancer’ bagi pengguna vaksin Covid-19. Semakan kami mendapati ini adalah video yang muncul pada waktu Covid-19 masih aktif menyerang seluruh dunia. Beberapa badan penyemak fakta dan pusat kajian perubatan juga telah mengeluarkan hasil semakan dan laporan menafikan tuduhan ini. Kami petik sumber dari Reuters Fact Check untuk anda: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Istilah ‘turbo cancer’ direka oleh seorang doktor perubatan keluarga, Dr. Charles Hoffe pada 11 November 2022. Sumber: Reuters Fact Checkhttps://www.reuters.com/article/fact-check/no-evidence-covid-19-vaccines-cause-turbo-cancer-idUSL1N3340PQ/ Tambahan kepada penjelasan di atas adalah: a. Temubual Reuters bersama lima pakar perubatan mengesahkan tiada kaitan antara vaksin Covid-19 sebagai penyebab kanser.b. Dr. Hoffe tidak memberi respon ketika pihak Reuters menghubungi beliau untuk memberi penjelasan lanjut berkenaan tuduhan ini.c. Laporan beberapa pihak lain […]

trending_flat

Teroka Internet berkelajuan Ultra untuk tingkatkan Produktiviti, Kecekapan dan Inovasi

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2024 – Kementerian Digital menggesa individu, perniagaan, dan organisasi untuk meneroka kemungkinan luas Internet kelajuan ultra-tinggi. Berucap di pameran jalur lebar 10Gbps pertama Malaysia oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan pengurusan keselamatan ViewQuest semalam, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata beliau ingin melihat lebih banyak kajian kes digital dari semua sektor dan industri, termasuk yang menggunakan Internet kelajuan ultra-tinggi. "Ini akan memberikan pandangan kepada orang ramai, dan pelabur potensi, tentang kemampuan kita," kata Gobind di acara yang dianjurkan oleh ViewQwest. "Sambungan kelajuan ultra-tinggi ini menunjukkan kemampuan canggih dan manfaat Internet 10Gbps. Ia juga merupakan bukti infrastruktur Internet Malaysia yang cepat dan boleh dipercayai, serta impak perubahan permainan terhadap masa depan digital Malaysia.” Beliau berkata, manfaat dan peluang sambungan kelajuan ultra-tinggi adalah banyak, kerana sambungan Internet yang cepat dan boleh dipercayai adalah tulang belakang untuk pembangunan ekonomi. "Internet […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation