trending_flat

FesKEP 2024 tampilkan keunikan pelbagai etnik dan budaya masyarakat peribumi

TEMERLOH, 20 Julai 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Silat Gerak Lian Pahang menganjurkan Festival Kesenian Peribumi Malaysia Pahang 2024 (FesKEP) pada 19 hingga 21 Julai 2024 bermula pukul 10.00 pagi bertempat di Dataran Temerloh, Pahang. Pada malam ini, Persembahan Paluan Suara Alam disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Ramli Mohd Nor. Festival tersebut turut dihadiri oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Cik Leong Yu Man dan Ketua Setiausaha MOTAC, Dato’ Roslan Abdul Rahman. Menurut JKKN, objektif utama penganjuran festival ini adalah untuk mengetengahkan keunikan pelbagai etnik dan budaya masyarakat peribumi dari pelbagai suku kaum dan memupuk semangat perpaduan bersama masyarakat dalam aktiviti seni budaya. “Festival ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat orang peribumi tempatan dengan penjualan produk mereka, malah turut mempromosikan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di luar Pantai Barat Sumatera Utara

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Luar Pantai Barat Sumatera Utara pada jam 8:05 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:05 malam, 20 Julai 2024Koordinat: 0.1° Utara 96.5° TimurLokasi:  Luar Pantai Barat Sumatera UtaraMagnitud: 5.7Jarak: 181km Barat Daya dari Nias,IndonesiaKedalaman: 65 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Mahasiswa UM selami budaya orang asli Temuan di Ulu Chembong

Projek Regain Experience Asli’s Life atau lebih mesra disebut sebagai Projek REAL merupakan salah satu projek kemasyarakatan anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kebajikan dan Kemasyarakatan, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya (UM). Menurut Prof. Madya Dr. Roshidah Hassan, Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, REAL diadakan sebagai salah satu usaha dalam menyelami budaya dan cara hidup masyarakat orang asli di Malaysia. “Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kelompok orang asli yang merupakan masyarakat pribumi Malaysia dan mendekatkan diri mahasiswa dengan mereka. Program REAL memberi peluang kepada mahasiswa mengenali dengan lebih dekat adat dan budaya orang asli dan juga menyemai semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa UM,” katanya lagi. Projek REAL dijalankan dalam dua fasa. Fasa Pertama diadakan pada 4 dan 5 Mei 2024 di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Negeri Sembilan. Fasa Kedua pula diadakan di Dewan Gemilang Kolej Kediaman […]

trending_flat

Prestasi jumlah kedatangan pelancong antarabangsa adalah baik – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 19 Julai 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan sesi libat urus bersama para penggiat industri pelancongan bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) pada petang semalam. Sesi libat urus itu merupakan kali pertama yang beliau adakan bersama para penggiat industri pelancongan untuk berjumpa, bersuai kenal serta mendapatkan pandangan mengenai cabaran-cabaran berkaitan industri pelancongan negara. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Sesi Libat Urus YAB Timbalan Perdana Menteribersama Penggiat Industri Pelancongan bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Foto : Yusri Ibrahim Di dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata bagi meneruskan momentum pemulihan serta memacu industri pelancongan negara ke arah masa depan yang lebih mampan, berdaya saing dan berdaya tahan, Kerajaan telah pun merangka dan melaksanakan beberapa strategi bagi meransang industri pelancongan negara. "Inisiatif seperti program MM2H, Kepengerusian ASEAN Tahun 2025, penganjuran […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation