trending_flat

PM rasmi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024

CYBERJAYA, 21 Julai 2024 – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berlangsung hari ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim Dengan kehadiran lebih 8,000 orang pengunjung, majlis yang berkonsepkan karnival rakyat itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta. Program tersebut dimeriahkan menerusi penganjuran Karnival Kita MADANI X HKHM 2024 dengan pengisian reruai Komuniti MADANI X NADI, RIUH X HKHM, perkhidmatan untuk rakyat, pameran daripada pelbagai agensi, jualan keusahawanan, persembahan patriotik, aktiviti interaktif kenegaraan serta demonstrasi pembuatan produk tempatan. Turut diadakan, program Permukiman Komuniti MADANI disertai hampir 2,500 orang peserta terdiri daripada ketua dan ahli Komuniti MADANI seluruh Semenanjung Malaysia bagi memperkasakan komuniti berkaitan inisiatif kerajaan serta penglibatan komuniti dalam menyemarakkan bulan kebangsaan. Pada majlis yang sama, Perdana Menteri turut melakukan pelepasan konvoi Kembara […]

trending_flat

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 - Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,373 kes berbanding 2,805 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 80,441 kes berbanding 63,966 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. "Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 100 lokaliti berbanding 86 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 100 lokaliti yang dilaporkan, 74 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, enam (6) lokaliti di Perak, enam (6) lokaliti […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Guatemala

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Guatemala pada jam 10:53 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:53 pagi, 21 Julai 2024Koordinat: 14.6° Utara 89.8° BaratLokasi: GuatemalaMagnitud: 6.1Jarak: 1,014km Tenggara dari Puebla, MexicoKedalaman: 274 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

3 pelajar sekolah antara ditahan jadi ‘samseng jalanan’

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID / MELAKA HARI INI ALOR GAJAH 21 Julai – Tiga pelajar sekolah antara lima ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Pegoh, di sini, malam tadi. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 16 hingga 20 tahun ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Alor Gajah dengan kekuatan 25 anggota, termasuk bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan BSPT Jasin. Katanya, operasi tersebut dijalankan bermula 9 malam hingga 6 pagi dan sebanyak 34 kenderaan serta 40 individu telah diperiksa. “Daripada jumlah itu, sebanyak 23 buah motosikal turut disita dan 142 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. “Antara kesalahan yang direkodkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation