Program Kembara ReDI 2024 dedahkan peniaga luar bandar konsep perniagaan digital
PUTRAJAYA, 5 Julai 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjurkan Program Kembara Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) pada 2 hingga 5 Julai 2024 bermula dari Putrajaya, Pahang (Raub dan Kuala Lipis), Kelantan (Gua Musang dan Kuala Krai) dan Terengganu (Kuala Besut dan Jerteh). Ia telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPDN, Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar. Program selama empat hari itu merupakan program utama kedua ReDI pada tahun ini yang menerapkan konsep advokasi dan onboarding secara berkumpulan dan lebih intensif. Ia turut disertai oleh Maybank, Agro Bank dan Touch n Go selaku rakan strategik KPDN. "Penganjuran program Kembara ReDI 2024 ini merupakan satu langkah proaktif KPDN dalam usaha memberi pendedahan kepada peniaga luar bandar berhubung pengoperasian perniagaan berkonsepkan digital terutamanya melalui penggunaan kemudahan e-wallet dalam urusan transaksi pembelian dan juga mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa […]