trending_flat

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan lagi kerjasama pengurusan dan operasi melibatkan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) iaitu Pusat Pemulihan Baitul Islah bertempat di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam Selangor. MoU itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil sementara bagi pihak MAIS pula ditandatangi oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Dr Haji Ahmad Shahir bin Makhtar. Menurut AADK, program kerjasama antara AADK-MAIS tersebut telah bermula sejak 18 Disember 2017 bertujuan menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah kepada klien termasuk yang mempunyai masalah HIV/AIDS. Penempatan klien dikhususkan kepada klien beragama Islam dan ketika ini hanya dikhaskan kepada klien lelaki sahaja. "Selain itu, MoU ini juga diadakan untuk membimbing klien berkenaan agar terus kuat dan mahir untuk dalam menghadapi stigma […]

trending_flat

Air Selangor Rangkul Syarikat Terbaik Anugerah Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2024

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah diiktiraf sebagai Syarikat Terbaik dalam kategori Perkhidmatan Air – Anugerah Pengurusan Komuniti di Anugerah Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2024 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor berkata, “Anugerah ini merupakan satu penghormatan terhadap komitmen dan usaha berterusan kami dalam memacu perubahan positif kepada komuniti akar umbi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ia juga selari dengan janji jenama kami bagi memastikan Setiap Titis Bermakna untuk kesemua 9.3 juta pengguna kami. “Penghargaan ini turut mencerminkan dedikasi Air Selangor dalam memastikan kualiti perkhidmatan air yang tinggi serta usaha gigih dan berterusan dalam mempromosikan kelestarian dan tanggungjawab sosial.” Di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara, Air Selangor telah melaksanakan […]

trending_flat

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 - Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah RM25,000 setiap seorang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik komen yang bersifat lucah melalui aplikasi mediasosial Facebook. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hasil siasatan mendapati bahawa kandungan yang dimuat naik pada platform media sosial ketiga-tiga individu tersebut melibatkan komen lucah yang ditujukan kepada bayi kepada seorang doktor. Kata MCMC, penggunaan perkataan lucah tersebut ditulis di ruangan komen sebuah portal hiburan yang menerbitkan satu artikel berkenaan amalan khatan bayi perempuan di United Kingdom. "Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi yang antara lain bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati, atau mengganggu orang lain yangmana sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. MCMC ingin mengingatkan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera,Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera,Indonesia pada jam 11:01 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:01 malam, 18 Julai 2024Koordinat: 5.3° Selatan 100.9° TimurLokasi: Barat Daya Sumatera,IndonesiaMagnitud: 5.5Jarak: 221km Barat Daya dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 47 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

PETRA pandang serius isu mikroplastik sebagai bahan pencemar baru

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 - Sebagai usaha untuk mengetengahkan isu berkaitan bahan cemar baharu termasuk mikroplastik, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan kualiti air. Menurut Menterinya Dato' Sri Haji Fadillah Yusof, di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini, berdasarkan kajian NAHRIM terhadap enam (6) lembangan sungai telah mengumpul data purata kelimpahan mikroplastik di setiap lembangan sungai terpilih dan seterusnya ke laut adalah dipengaruhi oleh aktiviti antropogenik seperti industri dan domestik. Katanya lagi, pada ketika ini masih belum ada had piawaian pematuhan berkaitan bahan cemar baharu mikroplastik di dalam air. Contohnya, proses rawatan air perlu diberi perhatian bagi menjamin kualiti air yang selamat. "Maklumat daripada hasil penyelidikan NAHRIM sangat penting bagi tujuan penambahbaikan dan pengukuhan garis panduan, polisi dan akta sedia ada dalam usaha Kerajaan mengawal pencemaran […]

trending_flat

Buli siber : Kerajaan sedang teliti keperluan gubal undang-undang baharu bersesuaian dengan keperluan semasa

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 - Kementerian Komunikasi bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri (Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Kementerian Digital dalam usaha untuk menangani isu buli siber. Menurut Menterinya, Fahmi Fadzil di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini, satu mesyuarat Berkaitan Isu Buli Siber telah diadakan pada 10 dan 17 Julai 2024. "Mesyuarat pada 17 Julai 2024 telah dipengerusikan secara bersama oleh saya, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Digital serta turut dihadiri YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri. Dalam mesnyuarat ini beberapa perkara telah dibincangkan termasuk aspek kawal selia, aspek penguat kuasaan, aspek undang-undang, serta isu-isu yang munglin melibatkan perlara-perkata berkaitan dengan […]

trending_flat

Sindrom ‘Turbo Cancer’ Hanyalah Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Penggunaan Vaksin

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Ada yang bertanya kepada kami tentang kesahihan video yang menyatakan munculnya sindrom ‘turbo cancer’ bagi pengguna vaksin Covid-19. Semakan kami mendapati ini adalah video yang muncul pada waktu Covid-19 masih aktif menyerang seluruh dunia. Beberapa badan penyemak fakta dan pusat kajian perubatan juga telah mengeluarkan hasil semakan dan laporan menafikan tuduhan ini. Kami petik sumber dari Reuters Fact Check untuk anda: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Istilah ‘turbo cancer’ direka oleh seorang doktor perubatan keluarga, Dr. Charles Hoffe pada 11 November 2022. Sumber: Reuters Fact Checkhttps://www.reuters.com/article/fact-check/no-evidence-covid-19-vaccines-cause-turbo-cancer-idUSL1N3340PQ/ Tambahan kepada penjelasan di atas adalah: a. Temubual Reuters bersama lima pakar perubatan mengesahkan tiada kaitan antara vaksin Covid-19 sebagai penyebab kanser.b. Dr. Hoffe tidak memberi respon ketika pihak Reuters menghubungi beliau untuk memberi penjelasan lanjut berkenaan tuduhan ini.c. Laporan beberapa pihak lain […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation