trending_flat

Pertandingan Dron Antarabangsa Pertama di Dunia: Wilayah Khanh Hoa Mencatat Rekod Guinness Bersejarah, UAE Muncul Sebagai Pemenang

NHA TRANG, Vietnam, 6 Ogos 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Pesta Ever Glamour Nha Trang (EGN) 2024 berakhir pada 3 Ogos dengan paparan persembahan cahaya dron yang mempesonakan. Selepas dua malam pertandingan, pasukan UAE diumumkan sebagai juara, manakala pasukan Korea, Perancis dan China masing-masing memenangi anugerah untuk Prestasi Teknikal Terbaik, Imej Terbaik dan Cerita Terbaik. Pasukan UAE, yang digelar “Penyihir Cahaya,” menggabungkan dron ultraringan dan superringan dengan piroteknik dan pemahaman budaya tempatan yang mendalam untuk menyerlahkan sejarah dan budaya Vietnam yang kaya, daripada gendang gangsa Dong Son hingga Burung Lac dan bunga teratai, yang simbolik serta kemeriahan Nha Trang. Sementara itu, pasukan Perancis, yang digelar “Artis Langit,” menggunakan 1,000 dron yang digabungkan dengan persembahan ajaib api. Khalayak dibawa meneroka masa lalu, dari keajaiban tamadun purba seperti Taman Tergantung Babylon, Piramid Besar Giza, Akropolis Athens… dan Teluk Ha Long Vietnam yang terkenal […]

trending_flat

Melaka mohon tambahan RM8 juta naik taraf pembetung silang

Oleh : Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI AYER LIMAU 6 Ogos – Kerajaan Negeri sedang menunggu peruntukan tambahan bernilai RM8 juta bagi kerja-kerja pemasangan pembetung silang (crossing culvert) bagi mengatasi banjir kilat di sekitar Negeri Melaka. Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, pemasangan pembetung silang itu adalah merupakan perancangan jangka masa panjang bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri ini. Menurut beliau, peruntukan tambahan kepada Kerajaan Persekutuan telah dimohon dan kini masih dalam proses menunggu, dan sebagai langkah untuk jangka masa pendek, pihaknya akan mengarahkan kerja-kerja pembersihan tali air dilakukan “Kita sedang mencari jalan untuk penyelesaian jangka masa pendek untuk mengatasi isu banjir kilat di sekitar negeri khususnya di lokasi ‘hotspot’ di Lebuh Ayer Keroh dan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA). “Perbincangan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan […]

trending_flat

Jumlah kes isu pencatutan diesel adalah kecil dan terkawal

SEPANG, 6 Ogos 2024 - Sepanjang tempoh OPS KESAN 2.0 dilaksanakan, Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menerima 83 aduan awam yang terkait isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, sebanyak 244 notis bertulis telah dikeluarkan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDN di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP). Daripada jumlah tersebut, setakat ini sebanyak 10 kertas siasatan telah dibuka untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. "Secara keseluruhannya, dalam tempoh dua bulan fasa awal pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, jumlah kes yang melibatkan isu pencatutan adalah kecil dan terkawal. Ini membuktikan tahap pematuhan dalam kalangan sebahagian besar peniaga adalah baik. KPDN menghargai komitmen komuniti perniagaan yang secara keseluruhannya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel. Pada masa yang sama, KPDN […]

trending_flat

JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN LAMAN SESAWANG ‘KERAJAAN’!

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Talian JomCheck ada menerima satu pertanyaan berkaitan kesahihan permohonan jawatan kosong menggunakan pautan yang diberikan di aplikasi WhatsApp. Setelah menekan pautan tersebut, pemohon akan dibawa ke laman sesawang mencurigakan yang meletakkan imej logo Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jata Negara bagi meyakinkan pengguna. Namun begitu, keraguan mula terserlah apabila pemohon diminta untuk mengisi nombor telefon aplikasi Telegram untuk log masuk kepada permohonan. Hasil semakan JomCheck mendapati wujudnya banyak ciri-ciri yang boleh dipersoalkan melalui laman sesawang tersebut. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Teknik sebegini digunakan oleh penjenayah pancingan data (phishing) untuk mendapatkan data peribadi pemohon setelah pemohon mengisi segala maklumat yang diminta. Sumber: Panduan oleh SoyaCincau - https://bm.soyacincau.com/2022/01/15/cara-kesan-laman-web-palsu/ Antara ciri yang perlu diberi perhatian dan boleh dipersoalkan melalui laman sesawang yang dikongsikan adalah: a. Alamat URL/domain yang diberikan adalah mencurigakan […]

trending_flat

MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional […]

trending_flat

RM1 Juta Diperuntukkan Untuk Dana Esukan KBS 2024

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah melancarkan Dana Esukan KBS 2024 (Edisi Kedua) khusus untuk para pemegang taruh dan peminat ekosistem esukan tempatan. Dalam edisi kedua ini, jumlah peruntukan dana telah digandakan kepada RM 1 juta bagi membantu lebih banyak program dan inisiatif esukan dianjurkan di negara ini. Susulan Dana Esukan KBS (Edisi Pertama) yang telah berlangsung dari November 2023 hingga Februari 2024, sebanyak RM250,000 telah diluluskan dan disalurkan kepada 14 penerima daripada 108 permohonan. Oleh itu, dengan peningkatan peruntukan dana dalam Edisi Kedua ini, dijangka dapat memberi impak positif kepada lebih ramai penerima manfaat serta memacu pertumbuhan ekosistem esukan negara. Dana Esukan KBS diwujudkan bertujuan untuk memberi galakan kepada penggiat industri esukan tempatan supaya mereka dapat menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara esukan serta merancakkan ekosistem esukan negara.  […]

trending_flat

TVET Bukan Pilihan Kedua, Kemasukan Pelajar Ke PSIS Meningkat

SABAK BERNAM, 4 OGOS 2024 - Minggu ini merupakan minggu pendaftaran pelajar baharu bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 ke institusi pengajian tinggi, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia turut menerima pelajar baharu. Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), lebih 800 orang pelajar baharu telah berjaya mendaftarkan diri di Dewan Seri Lang sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2024/2025, baru-baru ini. Timbalan Pengarah Akademik, Haji Zainuddin bin Kasmuri berkata kemasukan pada sesi ini sangat positif, dan ia menunjukan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua dan semakin diyakini. “Peningkatan kemasukan sebanyak 20 peratus menunjukan ibu bapa dan pelajar percaya bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua berikutan kemahiran dimiliki graduan dalam bidang itu amat diperlukan untuk menyokong kemajuan sektor industri di negara ini. Kini rakyat Malaysia sudah mula menampakkan peluang pasaran terutama dalam bidang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation