Memperkasakan PMKS: Bagaimana Komuniti Penjual Melonjakkan Kejayaan E-Dagang di Malaysia
Setelah sembilan tahun mencari tujuan dan mengalami kegagalan dalam beberapa perniagaannya yang lalu, Mohd Zaid Othman akhirnya menemui kejayaan melalui minatnya terhadap pembuatan lilin pewangi. Pada tahun 2019, beliau melancarkan Lampu Cherita, sebuah kedai lilin pewangi buatan tangan. Namun, pada permulaan perjalanan perniagaan dalam taliannya, Zaid berhadapan dengan pelbagai kerumitan e-dagang dan menghadapi cabaran sebagai penjual e-dagang baharu. Bertekad untuk berjaya, Zaid beralih ke Shopee untuk mendapatkan sokongan dan ilmu pengetahuan yang diperlukan. Melalui platform e-dagang, Zaid mendapat akses kepada kelas latihan dalam talian percuma yang memperkasakannya dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan penting untuk mentransformasikan perniagaannya. Kurikulum ini merangkumi pelbagai bidang penting seperti jualan, pemasaran, dan operasi yang menawarkan strategi praktikal untuk memacu trafik, meningkatkan kadar aktiviti pembelian, dan menguruskan inventori. Selain daripada kursus-kursus ini, ilmu pengetahuan Zaid juga semakin mendalam melalui program Shopee Xperts di mana sekumpulan pelatih sah […]