trending_flat

TPM umum RM1.5 juta anjur Mini KUD @ D’Bendang tahun depan

Oleh Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI SUNGAI RAMBAI 11 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM1.5 juta bagi penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ D’Bendang bagi tahun hadapan. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penganjuran yang diadakan itu berpotensi mengembangkan industri pelancongan luar bandar selain menjadi platform usahawan baharu meluaskan perniagaan mereka. “Mengambil contoh penganjuran ini merupakan inisiatif yang sangat kreatif dan harus diperluaskan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen untuk menghimpunkan produk-produk baharu dihasilkan usahawan dalam kampung masing-masing. “Perkara ini mampu memenuhi hasrat kerajaan yang ingin melahirkan usahawan baharu yang bukan sahaja dibangunkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) malah kementerian lain untuk memastikan aspek pembentukan usahawan itu adalah mengikut perspektif masing-masing. “Penganjuran ini bukan hanya menarik pelancongan domestik malah diharapkan pada tahun […]

trending_flat

Dua syarikat tempatan terima SST, kendalikan projek Kampung Angkat Madani KKR

SONG, KAPIT, SARAWAK – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah menyempurnakan majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada dua (2) Kontraktor yang terpilih untuk mengendalikan pelaksanaan projek Kampung Angkat MADANI (KAM) Kementerian Kerja Raya. Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), kedua-dua syarikat yang terpilih merupakan syarikat tempatan yang berpangkalan di Kapit Sarawak dan berpengalaman dalam melaksanakan projek di kawasan pedalaman dan memahami cabaran yang bakal dihadapi dari segi bekalan bahan binaan, keperluan tenaga kerja dan logistik. Syarikat tersebut adalah Syarikat Bumi Mas dan Syarikat Smartech Resources di mana skop kerja yang telah ditetapkan dan dipersetujui meliputi lima (5) projek fizikal yang merangkumi pembinaan jambatan pejalan kaki, pemasangan lampu solar, menaik taraf pondok menunggu di jeti dan menaik taraf laluan pejalan kaki yang menghubungkan tiga (3) rumah panjang. Kredit Foto : UKK KKR "Projek ini dijangka bermula […]

trending_flat

1445 graduan POLISAS terima diploma

KUANTAN, 10 Ogos 2024 – Seramai 1445 graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma dan diraikan sempena Majlis Konvokesyen POLISAS ke-45. Majlis Konvokesyen ini diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah selama dua hari bermula semalam. Menurut POLISAS, penganugerahan diploma kali ini merupakan kumpulan yang tamat pengajian pada sesi 2 2022/2023 dan sesi 1 2023/2024. Jumlah keseluruhan siswazah yang dilahirkan POLISAS sejak 1976 sehingga kini adalah seramai 60559 dan pada tahun ini melibatkan Jabatan Kejuruteraan Awam seramai 387 orang, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (212 orang), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (259 orang), Jabatan Perdagangan (397) dan Jabatan Teknologi Makanan 190 orang. "Majlis Konvokesyen kali ini disempurnakan oleh Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Guai, YB. Dato’ Sabariah Saidan bagi sidang pertama pada hari ini. Bagi sidang […]

trending_flat

Melaka ‘duta’ promosi nanas

Oleh Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 11 Ogos – Negeri Melaka memainkan peranan penting dalam membantu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan buah-buahan itu hingga ke luar negara. Pengerusinya, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, meskipun Melaka sebuah negeri yang kecil dan tanaman nanasnya tidak sehebat Sarawak dan Johor, namun negeri pelancongan itu memainkan peranan penting sebagai duta tidak rasmi untuk mempromosikan buah-buahan itu. SEKITAR pengagihan nanas secara percuma di Bangunan Stadthuys, Banda Hilir. - MELAKA HARI INI “Untuk tanaman nanas ini setiap negeri ada kekuatan berbeza seperti Sarawak, mereka bercadang untuk membuka lagi 20 hektar tetapi Melaka tidak mampu lakukan itu tetapi saya katakan kita akan fokus kepada agropelancongan. “Walaupun kecil, Melaka memainkan peranan penting dalam mempromosikan nanas kerana negeri ini menjadi pusat tumpuan pelancong dan sekali gus berfungsi sebagai duta tidak rasmi. “Apabila pelancong ke negeri […]

Garis panduan melawat rumah ibadat bukan Islam yang lengkap mampu mengelakkan salah faham dan polemik yang tidak berpenghujung (Bo Zhang - Unsplash)
trending_flat

Perlu garis panduan kunjungan rumah ibadat bukan Islam dalam konteks ilmu perbandingan agama

Oleh: Prof. Dr. Khadijah Mohd Khambali@Hambali Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat yang berbilang agama, etnik, dan budaya. Kepelbagaian ini merupakan sunnatullah seperti yang disebut dalam surah al-Hujurat, ayat 13. Namun, kepelbagaian ini juga dapat menimbulkan pelbagai tanggapan yang berbeza sehingga mencetuskan masalah dalam hubungan antara masyarakat. Sehubungan itu, Islam menegaskan kepentingan keharmonian dan dialog antara penganut agama yang berbeza. Sejumlah ayat dalam al-Quran menggalakkan umat manusia untuk mengenali satu sama lain dan hidup dalam suasana aman dan harmoni. Dialog antara agama juga diamalkan oleh Rasulullah dengan penganut agama Nasrani dan Yahudi dengan memberi ruang kepada mereka untuk menjelaskan ajaran dan pendirian agama masing-masing. Garis panduan melawat rumah ibadat bukan Islam yang lengkap mampu mengelakkan salah faham dan polemik yang tidak berpenghujung (Bo Zhang - Unsplash) Dalam masa yang sama, tiada pemaksaan terhadap mereka untuk masuk Islam. Bagi umat Islam, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation