trending_flat

Mangsa banjir di daerah Alor Gajah menurun

ALOR GAJAH 12 Ogos 2024 – Cuaca baik setakat petang semalam membantu beberapa kawasan yang dilanda banjir kembali pulih dan bilangan mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga menurun. Menurut laporan Melaka Hari Ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah Leftenan (PA) Mohd Ridhwan Latip berkata,bilangan mangsa di PPS menurun kepada 407 orang berbanding 419 pada tengah hari semalam. Menurutnya, bilangan PPS juga menurun kepada tujuh selepas dua PPS iaitu di PERKIM Masjid Tanah dan Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih ditutup pada jam 2.30 dan 3.30 petang semalam. “Setakat ini, PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Ar-Rasyidin masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 163 orang, diikuti 125 di PPS Japerun Kuala Linggi dan 61 di PPS Balai Raya Paya Lebar. “Selain itu, 45 mangsa pula masih berada di PPS Dewan Japerun Ayer Limau, 10 di PPS Balai Raya […]

trending_flat

Institut Inovasi Teknologi Emiriah Arab Bersatu (UAE) Merevolusikan Model Bahasa AI dengan Seni Bina Baharu

Falcon Mamba 7B ialah Model Bahasa Ruang Keadaan (SSLM) sumber terbuka no.1 yang berprestasi global, seperti yang disahkan secara bebas oleh Hugging Face SSLM mempunyai kos memori yang rendah dan tidak memerlukan memori tambahan untuk menghasilkan blok teks yang panjang secara arbitrari Falcon Mamba 7B juga mengatasi model seni bina pengubah tradisional seperti Llama 3.1 8B Meta dan 7B Mistral Model baharu menunjukkan inovasi dan pendekatan rintisan Abu Dhabi dalam penyelidikan dan pembangunan AI ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 13 Ogos 2024 (Bernama) -- Institut Inovasi Teknologi (TII), pusat penyelidikan saintifik global terkemuka dan tonggak penyelidikan gunaan Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan (ATRC) Abu Dhabi, telah melancarkan model bahasa baharu yang besar dalam siri Falcon, iaitu Falcon Mamba 7B. Model baharu tersebut ialah Model Bahasa Ruang Keadaan (SSLM) sumber terbuka no.1 yang berprestasi global di dunia, seperti yang disahkan secara bebas oleh Hugging Face.Sebagai SSLM […]

trending_flat

Permata Pulau Pinang ‘Tan Sri Yussof Latiff’ – Ulang Tahun Ke-94

Oleh : M. Shahrizul Muiz (Zul) Ramai yang mengenali Tan Sri Yussof Latiff melalui pelbagai jawatan rasmi beliau, tetapi secara peribadi, saya melihat beliau sebagai ‘Ayahanda Anak-Anak Yatim’. Beliau telah membina sebuah ekosistem yang menyatukan semua rumah anak yatim di Malaysia di bawah satu payung untuk pemantauan yang berkesan, terutamanya dalam hal pendidikan dan kehidupan anak-anak yatim. Beliau memahami bahawa pertubuhan-pertubuhan anak yatim ini bergantung kepada sumbangan, dan beliau sentiasa memastikan dana yang diterima ini diuruskan dengan baik dan digunakan dengan berhemat, tanpa perbelanjaan yang tidak perlu atau pembangunan berlebihan. Penggunaan sumber yang berkesan ini adalah salah satu ciri utama beliau. Usaha Tan Sri Yussof Latiff sangat penting dalam memastikan rumah anak yatim di seluruh Malaysia beroperasi dengan lancar. Kepimpinan beliau dalam pelbagai projek kebajikan telah membawa impak positif yang besar kepada komuniti - sehingga hari ini pasti akan ada […]

trending_flat

Rakyat Selangor beri respons positif terhadap Smart Selangor, namun perlu penambahbaikan

Oleh: Dr Mas Nordiana Hj Rusli Dalam usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pintar menjelang tahun 2025, kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Tindakan Smart Selangor 2025 (SSAP 2025) yang menggariskan inisiatif dan sasaran yang lebih jelas. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kerjasama US-ASEAN Smart Cities Partnership yang turut melibatkan bandar-bandar utama lain di Malaysia seperti Iskandar Malaysia, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang. Sejak pelaksanaan SSAP 2025 pada tahun 2020, kerajaan negeri telah mengenal pasti empat domain yang menjadi fokus utama, iaitu infrastruktur digital, kerajaan, ekonomi, dan komuniti. Infrastruktur digital berfungsi sebagai pengupaya kepada pelaksanaan domain-domain pintar lain, dengan penekanan pada penggunaan indeks bandar pintar yang diiktiraf di peringkat global. Dalam satu kajian bersepadu yang dijalankan oleh para penyelidik dari Pasukan Delta, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh penulis, tahap kepuasan rakyat terhadap inisiatif yang dilaksanakan […]

trending_flat

UPSI Perluas Jaringan Pendidikan Antarabangsa di Vietnam

Oleh: Nur Sabrina & Suriati Ismail  Ho Chi Minh City – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah mengadakan satu delegasi ilmu ke Ho Chi Minh City University of Technology and Education (HCMUTE) dengan kerjasama Education Malaysia Vietnam and Office of International Affairs. Pengetua KHAR, Dr Che Anuar Che Abdullah berkata lawatan ini bertujuan memperluas jaringan antarabangsa UPSI bersama HCMUTE dalam rangka jalinan perhubungan dua negara melalui pendidikan dan budaya. “Lawatan ilmu ini bukan sahaja memperkaya pengalaman akademik dan budaya tetapi juga memperkukuh hubungan antara dua institusi pendidikan dan berharap ini menjadi langkah awal bagi lebih banyak kolaborasi yang berdampak besar pada masa mendatang,” katanya. Tambahnya lagi, lawatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada mahasiswa UPSI termasuk inovasi dalam teknologi pendidikan, kaedah pengajaran terkini, fasiliti serta infrastruktur dan sumber pembelajaran yang responsif dalam menyokong […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 7:36 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:36 malam, 12 Ogos 2024Koordinat: 2.4° Utara 126.7° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.3Jarak: 190km Barat Laut dari Ternate, IndonesiaKedalaman: 88 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation