trending_flat

Dua pelajar cemerlang Malaysia dipilih menyertai program pelajar musim panas CERN 2024 (CSSP) 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2024 (Bernama) -- Dua pelajar cemerlang Malaysia, Nurul Nabiilah Sulaiman, 25, dan Shim Zi Jun, 23, telah terpilih untuk menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) di Geneva, Switzerland. Mereka merupakan antara 150 saintis muda dari seluruh dunia yang telah ditawarkan peluang istimewa bagi mengambil bahagian secara aktif dalam operasi harian kumpulan penyelidik yang menjalankan eksperimen di Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah (CERN). Program ini sedang berlangsung bermula 1 Julai hingga 25 Ogos 2024. Nurul Nabiilah merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Fizik dari Universiti Malaya dan sedang melanjutkan Ijazah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Minat beliau terhadap komuniti dan sains telah mendorong semangat kerjasama dan dedikasinya terhadap pembelajaran yang berterusan. “Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk mewakili Malaysia di CSSP 2024. Ini adalah peluang yang luar biasa bagi merealisasikan impian saya […]

trending_flat

Malaysia harus ambil peluang depani industri REE

Oleh: Dr. Hijaz Kamal Hasnan Sebagai penyelidik dalam bidang unsur nadir bumi (REE) di Malaysia, saya telah menyaksikan potensi besar yang dimiliki oleh negara kita dalam industri strategik ini. REE merupakan komponen penting, malah boleh dianggap umpama vitamin-vitamin utama dalam pelbagai teknologi moden, terutamanya dalam sektor teknologi hijau dan digital. Menurut kajian terkini, permintaan global untuk REE dijangka meningkat sebanyak 40 peratus menjelang 2030, dengan pasaran global dianggarkan bernilai USD 15.5 bilion pada tahun 2022. Kepentingan strategik REE sesungguhnya tidak dapat disangkal, kerana ia digunakan secara meluas dalam pelbagai proses pembuatan moden, termasuklah penghasilan magnet berkuasa tinggi, bateri kenderaan elektrik, dan peranti elektronik canggih. Malaysia berada dalam kedudukan yang unik untuk mengambil kesempatan daripada peluang ini. Negara kita mempunyai deposit REE yang strategik, terutamanya dalam bentuk tanah liat penjerapan ion yang tidak radioaktif. Namun, untuk menjadi pemain utama dalam industri […]

trending_flat

Indeks Zakat piawaian baru pelaburan beretika

Oleh Dr Mohd Zaidi Md Zabri Pada tahun 2023, kutipan zakat di Selangor dan Wilayah Persekutuan mencatatkan rekod RM 2.155 bilion—satu angka yang hampir menyamai belanjawan tahunan Negeri Sembilan. Peningkatan kutipan zakat ini sebahagiannya boleh dikaitkan dengan usaha yang lebih giat dalam pelaporan zakat. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor mempergiat penambahbaikan kecekapan pengagihan zakat dengan memanfaatkan teknologi papan pemuka (dashboard), blok rantai (blockchain), dan kecerdasan buatan melalui kolaborasi dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Inisiatif sebegini bukan sahaja memudahkan proses pelaporan, tetapi juga memastikan ketelusan dan ketepatan dalam pengurusan zakat, memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem zakat. Rentetan daripada usaha pendigitalan dan peningkatan ketelusan ini, Bursa Malaysia meluncurkan Indeks Zakat PRIBUMI Bursa Malaysia (Indeks Zakat) bulan lalu. Inovasi kewangan ini bukan sahaja menggalakkan pelaburan beretika tetapi juga meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab sosial korporat. Apa yang membezakan Indeks Zakat ialah statusnya sebagai […]

trending_flat

Kemasukan pelancong meningkat 84.55 peratus

Oleh Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 14 Ogos – Kemasukan seramai 8.7 juta pelancong ke Negeri Melaka setakat Julai lalu menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding sepanjang tempoh sama pada 2023. Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron berkata, berlaku peningkaan sebanyak 3,992,516 orang pelancong atau 84.55 peratus. “Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bertemakan, Mana Lagi? Melaka Ler…Kerajaan Negeri menyasarkan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa seramai 15.0 hingga 18.7 juta orang. “Apa yang istimewa, Kerajaan Negeri juga menyediakan Kupon Cabutan Bertuah TMM2024 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti 12 buah kereta, 24 buah motosikal dan sebuah bot kepada pelancong yang menginap dua malam di Melaka selain mereka yang membeli cenderamata TMM2024,” katanya. Beliau berkata ketika berucap mewakili Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin pada Festival Pengantin di pusat beli-belah Mahkota […]

trending_flat

SDCG meterai tajajamin dengan Mercury Securities untuk IPOnya di pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2024 – Solar District Cooling Group Berhad ("SDCG")memeterai perjanjian taja jamin dengan Mercury Securities Sdn Bhd (“Mercury Securities”) untuk tawaran awam permulaannya ("IPO) yang akan datang. ") di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad. SDCG dan anak syarikatnya (“Kumpulan”) terlibat terutamanya dalam penyediaan dan penyelenggaraan sistem pengurusan bangunan (BMS), penyelesaian haba suria dan perkhidmatan penjimatan tenaga. Kumpulan mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam meningkatkan kecekapan tenaga merentas pelbagai sektor dan berusaha untuk mewujudkan penanda aras dalam pengurusan tenaga dan kecekapan kos. IPO itu melibatkan terbitan awam 118,670,000 saham biasa baharu ("Saham Terbitan"), mewakili 28.00% daripada modal saham terbitan SDCG yang diperbesarkan sebanyak 423,822,460 saham biasa semasa penyenaraiannya. Saham Terbitan akan diperuntukkan mengikut cara berikut: Awam Malaysia: 21,192,000 Saham Terbitan mewakili 5.00% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia, dengan 50.00% diketepikan untuk pelabur Bumiputera. Orang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation