trending_flat

Fadillah kongsi pelan NETR di EMM14

LIMA, PERU - Mesyuarat Menteri- Menteri Tenaga APEC Ke-14 (EMM14) yang bermula hari ini (15 Ogos waktu tempatan) di Lima Convention Center (LCC), menghimpunkan Menteri-menteri Tenaga dari seluruh rantau Asia-Pasifik untuk membincangkan strategi bagi memacu peralihan tenaga. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh TYT Romulo Mucho, Menteri Tenaga dan Perlombongan Peru. Delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof. Dalam ucapan alu-aluannya, Peru selaku pengerusi telah menekankan kepentingan tenaga dalam memacu kemajuan dan keperluan tindakan kolektif untuk mengurangkan ancaman perubahan iklim yang dikaitkan dengan kesan penjanaan tenaga semasa. "Mesyuarat turut mengambil maklum pencapaian dan status pelaksanaan inisiatif dan projek APEC Energy Research Centre (APERC) dan APEC Sustainable Energy Centre (APSEC). Sesi petang mesyuarat memfokus kepada perbincangan berkaitan "Memacu Peralihan Tenaga Merentasi Ekonomi APEC". Menteri-menteri Tenaga APEC telah berkongsi perspektif […]

trending_flat

Bukti kerajaan prihatin, martabat peranan penjawat awam

Oleh : Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI AYER KEROH 16 Ogos – Rata-rata penjawat awam negeri ini menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan pelarasan gaji baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 ‘Perkhidmatan Awam MADANI’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Bagi penjawat awam yang juga Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Ahmad Safwan Abd Aziz, 37, berkata, pengumuman kenaikan gaji itu adalah hadiah istimewa buat penjawat awam yang tidak jemu menyumbang tenaga serta kepakaran. Katanya, ia bukan sahaja perkhabaran yang menggembirakan malah memberikan motivasi untuk penjawat awam meningkatkan mutu perkhidmatan agar lebih cemerlang. “Sejujurnya kenaikan 15 peratus diumumkan kan amat membantu penjawat awam dalam mendepani masalah kos sara hidup terutamanya buat mereka yang terpaksa berulang alik dalam jarak yang […]

trending_flat

JIM selamatkan mangsa eksploitasi buruh paksa

PUTRAJAYA 16 Ogos 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyelamatkan seorang lelaki warga asing di bawah umur disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa, dalam satu operasi membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di dua buah premis restoran di sekitar Shah Alam, Selangor semalam. Menurut Jafri nin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, operasi dijalankan pada jam 10.30 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA, Ibu Pejabat Imgresen Putrajaya. Operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0. "Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber aduan, terdapat sejumlah warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah diambil bekerja dan disyaki terdapat elemen pemerdagangan orang. Operasi yang dijalankan turut menahan 14 warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen yang […]

trending_flat

SolarMax Technology Meluaskan Jejak AS dengan Projek Solar Komersial Baharu di California

RIVERSIDE, California, Aug. 16, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — SolarMax Technology, Inc. (Nasdaq SMXT) (“SolarMax” atau “Syarikat”), sebuah syarikat tenaga suria bersepadu, menandatangani helaian terma tidak mengikat untuk projek solar komersil baharu yang penting di California. Projek tersebut, sebuah pusat beli-belah utama di kawasan San Jose, mewakili satu lagi langkah ke hadapan dalam strategi berterusan SolarMax untuk mengembangkan keupayaan pembangunan solarnya dalam pasaran komersial AS. Projek California yang dicadangkan adalah untuk merangkumi pembangunan dan pengurusan loji janakuasa solar fotovoltaik 4.17 megawatt (MW) dan sistem penyimpanan tenaga 2.0 MW. Sebagai sebahagian daripada projek itu, SolarMax juga akan mengawasi penggantian bumbung pusat beli-belah untuk menyokong infrastruktur solar yang baharu. “Satu komponen utama pelan pertumbuhan strategik kami ialah pengembangan perkhidmatan pembangunan solar komersial kami di AS,” kata David Hsu, Ketua Pegawai Eksekutif SolarMax. “Dengan memanfaatkan pengalaman kami dalam projek solar berskala besar yang berjaya, […]

trending_flat

Gempa bumi lemah di Perairan Tawau, Sabah

Satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di Perairan Tawau, Sabah pada pukul 10:19 pagi tadi. Menurut, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) gegaran mungkin dirasai di sekitar Semporna dan Tawau, Sabah. MET Malaysia akan terus memantau keadaan tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:19 pagi, 16 Ogos 2024Koordinat: 4.4° Utara 118.8° TimurLokasi: Perairan Tawau, SabahMagnitud: 3.9Jarak: 36km Timur dari Semporna,SabahKedalaman: 19 km

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation