trending_flat

5,000 rakyat Malaysia akan dilatih bagi mendapat pekerjaan di syarikat global India

PUTRAJAYA, 25 Ogos 2024 – Tujuh syarikat India global di Malaysia telah memberi komitmen untuk melatih dan menggaji sekurang-kurangnya 5,000 rakyat Malaysia susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditanda tangani di antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persatuan Kebangsaan Perisian dan Perkhidmatan Syarikat (Nasscom). Skim latihan dan penggajian dengan tujuh syarikat tersebut akan berlangsung selama tiga tahun, bermula tahun ini. Lebih banyak syarikat sedang dalam perbincangan untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini. Perkongsian antara MDEC dan Nasscom akan melihat bakat tempatan dilatih dalam beberapa bidang utama dalam sfera digital, iaitu Kecerdasan Buatan (AI) Generatif, keselamatan siber, pembangunan perisian dan teknologi Generasi Seterusnya. Menteri Digital, Gobind Singh Deo, yang menyaksikan pertukaran MoU di New Delhi, India pada 21 Ogos 2024, menyambut baik perkongsian tersebut kerana membangunkan bakat mahir adalah fokus utama Kementerian yang diterajuinya. "Kerajaan MADANI terus membina infrastruktur bertaraf […]

trending_flat

Fadillah rasmikan Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja

KUCHING, 25 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah merasmikan Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Di majlis tersebut, Fadillah turut menegaskan isu buruh paksa dan eksploitasi pekerja adalah perkara asas yang perlu diambil tahu secara serius oleh setiap majikan dan pemain industri. Kredit Foto: Halaman Facebook rasmi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof Katanya lagi, pada tahun ini, Malaysia telah diletakkan dalam Tahap 2 atau Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia, oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS), setelah berada di Tahap 2 Pemerhatian atau “Tier 2 Watch List” pada Tahun 2023. Sebelum itu , Malaysia berada di Tahap 3 atau “Tier 3” dua tahun berturut-turut , […]

trending_flat

Tidak terfikir akan bergelar Datuk – Remy Ishak

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI SERI NEGERI 25 Ogos 2024 – “Mencari itu tidak, tetapi dianugerahkan itu dianggap sebagai satu hadiah. Syukur alhamdulillah,” itu kata aktor terkenal Remy Ishak. Pemilik nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak itu adalah antara 60 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di- Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat Seri Negeri, hari ini. Menurutnya, hampir 20 tahun berada dalam industri seni tanah air, dirinya langsung tidak pernah terfikir akan dianugerahkan darjah kebesaran yang menjadi impian ramai. Jelas anak kelahiran Masjid Tanah itu, penganugerahan diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka adalah antara pencapaian terbesar buat dirinya. “Syukur alhamdulillah atas kurniaan ini, ini adalah sesuatu yang tidak […]

trending_flat

Penghantaran durian segar pertama Malaysia tiba di China

ZHENGZHOU, 25 Ogos 2024 – Penghantaran durian segar pertama Malaysia ke China telah tiba Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou hari ini. Pengeksportan pertama durian segar ini adalah hasil daripada Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar Dari Malaysia ke Republik Rakyat China yang dimeterai oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu bersama TYT Yu Jianhua, Menteri General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC) pada 19 Jun 2024. Menurut KPKM, akses pasaran ini adalah perkembangan positif yang akan menyumbang kepada peningkatan nilai eksport sektor durian ke negara China di mana sebelum ini hanya durian dalam bentuk sejuk beku sahaja yang dibenarkan. Tambahan akses durian segar ini akan memberi peluang kepada usahawan durian tempatan untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneroka pasaran di China seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. "Fasa pertama penghantaran adalah berjumlah 40 tan […]

trending_flat

Ewon dan Armizan Kerjasama Adakan Dialog Belanjawan 2025 Kementerian

PENAMPANG, 25 Ogos 2024 - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali bekerjasama mengadakan Dialog Belanjawan 2025 bagi dua kementerian berkenaan. Sesi dialog ini adalah inisiatif kementerian untuk mendengar pandangan dan cadangan inisiatif daripada pemegang taruh dan pemain industri untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. “Terima kasih kepada Datuk Armizan kerana bersetuju bekerjasama mengadakan dialog bersama kementerian saya dan ini satu mesej bahawa kita sedia mendengar dan mengangkat pandangan rakyat,” katanya ketika berucap pada sesi Dialog Belanjawan 2025 KUSKOP dan KPDN, di ITCC Penampang, di sini, hari ini. Ewon berkata, sebelum ini, sesi Dialog Belanjawan 2025 KUSKOP telahpun diadakan di Kuala Lumpur pada 6 Ogos, sesi libat urus bersama wakil persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil di KUSKOP Putrajaya pada 19 Ogos dan melalui Mesyuarat Majlis Pembangunan Keusahawanan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation