Banjir kilat luar biasa, antara terburuk dalam tempoh 10 tahun – mangsa
Oleh: Salman Hamat / MELAKA HARI INI AYER LIMAU 12 Ogos 2024 – Mangsa banjir kilat sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah menyifatkan bencana melanda sebagai antara yang terburuk dalam tempoh 10 tahun. Tinjuan Melaka Hari Ini (MHI) di lokasi mendapati paras air naik dengan mendadak menyebabkan ramai dalam kalangan mangsa mangsa terkandas lebih empat jam berikutan laluan utama dinaiki air sebelum dapat pulang ke rumah. Salmah Abu Bakar Menurut mangsa, Salmah Abu Bakar, 49, dia terkandas di sebuah stesen minyak di Lubok China berikutan laluan utama ke rumahnya dinaiki air. “Terdahulu pada sebelah siang saya ke Paya Lebar untuk bantu bersihkan rumah saudara yang dilanda banjir, selepas Maghrib saya bergerak pulang ke rumah di Lubok China, tetapi terkandas empat jam kerana laluan utama dinaiki air. Saya perhatikan paras air naik sangat pantas, berasa agak risau dan takut melihat keadaan […]