trending_flat

Kelab Proton Tanjung Malim anjur Piala Liga Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi TANJUNG MALIM – Program pembangunan akar umbi bola sepak di Daerah Muallim semakin meriah apabila Kelab Proton Tanjung Malim menganjurkan Kejohanan Liga Pembangunan Bola Sepak Piala Presiden Kelab Proton Tanjung Malim. Kejohanan berlangsung pada 3 dan 4 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Sukan Proton yang melibatkan pasukan bola sepak bawah 12 tahun. Menurut Hassan Subli, Presiden Kelab Proton Tanjung Malim menyatakan bahawa penganjuran kejohanan ini adalah salah satu inisiatif untuk membangunkan sukan akar umbi dapat terus berkembang dan menjadi platform terbaik untuk mencungkil potensi serta bakat kanak-kanak dalam arena sukan bola sepak. “Kita menganjurkan kejohanan ini untuk memberi ruang kepada anak-anak khususnya daerah Muallim untuk menunjukkan bakat mereka sekaligus menaikkan lagi semarak sukan dalam masyarakat untuk bersama membangun kecemerlangan bola sepak Muallim,” katanya. Turut hadir merasmikan kejohanan, Hj Rodzal Had selaku Ketua HRBP Proton […]

trending_flat

Toleransi, bukan normalisasi pluralisme agama

Oleh Mohammad Baihaqi Md Yusnan Malaysia sebuah negara berbilang kaum, bangsa, dan agama. Bertahun-tahun lamanya rakyat Malaysia hidup dalam keadaan sinergi yang harmoni antara setiap kaum, bangsa dan agama. Memasyarakatkan sikap saling hormat menghormati setiap adat dan tradisi rakyat Malaysia yang ada adalah kunci kepada keharmonian antara kaum di Malaysia. Tetapi, di dalam usaha menegakkan sikap terpuji ini, sebagai seorang Islam yang berpegang dengan rukun dan prinsip keIslaman yang dianuti, perlunya ada batas yang jelas yang tidak boleh dilanggar. Perlu diletakkan sebuah garisan halus antara toleransi dan pluralisme. Benar sekali, garisan itu perlu dilukis dan diwujudkan, tidak sesekali ia boleh diputuskan! Toleransi bukan bermaksud menerima bulat-bulat bahkan ia sebuah perasaan yang timbul dari sikap saling hormat menghormati dan dasar menegakkan keterbukaan dalam kalangan masyarakat atau entiti sosial. Ia juga membawa konotasi mempelajari sesuatu daripada perbezaan individu, atau di dalam konteks […]

trending_flat

UM didik lupus ubat cara selamat, lestari

Hampir setiap rumah mempunyai lebihan ubat atau ubat yang telah tamat tempoh. Ubat-ubatan ini dikumpul dan disimpan di dalam laci tanpa tidak diketahui apa yang perlu dilakukan dengan ubat tersebut dan tidak tahu bagaimana untuk melupuskan dengan cara yang betul. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya pada tahun 2021, sebanyak 25 peratus daripada penduduk Malaysia menyimpan ubat yang telah tamat tempoh di rumah. Ubat yang telah tamat tempoh atau tidak digunakan lagi boleh membawa risiko yang besar. Dr. Zuraidah Mohamed, Pengarah Klinik Universiti Malaya menekankan bahawa ubat yang telah tamat tempoh mungkin telah kehilangan keberkesanannya dan boleh mengundang bahaya sekiranya digunakan. “Sebagai contoh, penggunaan ubat antibiotik yang sudah tamat tempoh boleh menyebabkan kegagalan rawatan dan seterusnya meningkatkan risiko perkembangan bakteria tahan antibiotik,” katanya. Malah, tambah beliau sekiranya penyimpanan ubat ini tidak cermat, ianya akan mengundang risiko keracunan. “Berdasarkan statistik […]

trending_flat

Ewon adakan pertemuan dengan Ketua Menteri, bincang perkara MA63 dan inisiatif Bank Rakyat di Sabah

KOTA KINABALU, 8 Ogos 2024 - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini. Menurut Ewon, pertemuan tersebut antara lainnya membincangkan pendekatan ke atas tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan dengan pemberian semula hasil persekutuan kepada Sabah. “Walaupun sudah sembilan perkara berkaitan tuntutan hak Sabah dalam MA63 telah diselesaikan sepenuhnya, namun masih banyak perkara yang sedang dirundingkan termasuklah hak 40 peratus ke atas hasil persekutuan di Sabah. Saya telah memaklumkan Ketua Menteri komitmen saya di peringkat Persekutuan untuk memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat Sabah ini dan mahu melengkapi usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah,” katanya. Ewon yang juga merupakan menteri yang membantu Timbalan Perdana Menteri II Dato Seri Fadillah Yusof menyelaras isu-isu Sabah menyatakan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Kyushu, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kyushu, Jepun pada jam 12:20 t3:42 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:42 petang, 8 Ogos 2024Koordinat: 31.7° Utara 131.7° TimurLokasi: Kyushu, JepunMagnitud: 6.9Jarak: 37km Tenggara dari Miyazaki,JepunKedalaman: 41 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Pemenang dalam Anugerah Stevie® Tahunan Pertama untuk Kecemerlangan Teknologi Diumumkan

Pemenang Sulung Diraikan di Majlis di New York pada 16 September FAIRFAX, Virginia, Aug. 08, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Pemenang dalam Anugerah Stevie® untuk Kecemerlangan Teknologi 2024 (tahun pertama), “Olimpik untuk teknologi,” diumumkan hari ini. Anugerah tersebut meraikan pencapaian luar biasa daripada individu, pasukan dan organisasi yang membentuk masa depan teknologi merentasi semua sektor industri. Individu dan organisasi di seluruh dunia layak menyertai – awam dan swasta, untung dan bukan untung, besar dan kecil. Antara organisasi dengan pelbagai kemenangan Anugerah Stevie ialah Amazon/Amazon Web Services (9), IBM (5), Bandar Sydney, Australia (4), Gabriel Marketing Group, bagi pihak beberapa pelanggan mereka (4), Impel ( 4), LandGate (4), Lenovo/Lenovo India Pvt Ltd/ Lenovo PCCW Solutions (LPS) (4), BostonGene (3), Cisco Systems Inc. (3), CleverTap (3), Google (3), Gov2Biz Inc (3), MicroHealth, LLC (3), dan Three Rings (3). Untuk senarai penuh pemenang mengikut kategori, layari www.StevieAwards.com/Tech. […]

trending_flat

Fadillah sampaikan sijil kepada 380 kakitangan IWK

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah menyampaikan sijil kepada 380 kakitangan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2024. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre, KL pada pagi tadi. Menurut Fadillah menerusi ciapan di Halaman X rasminya, Program SKM itu membuktikan IWK sentiasa komited dalam memperkasakan kakitangannya dengan memberi peluang untuk mereka meningkatkan ilmu pengetahuan. Ia juga manifestasi kepada dedikasi syarikat terhadap kecemerlangan warga kerjanya. SKM penting dalam memastikan kualiti dan standard kemahiran tenaga kerja di negara ini. Kerajaan juga mengiktiraf pentingnya bidang teknikal, vokasional dan kemahiran serta perlunya modal insan mahir. Melalui SKM juga kita dapat memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). SKM mengiktiraf kemahiran yang dimiliki individu, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation