Memperkasakan Penulisan Saintifik Memacu Masyarakat Madani
PORT DICKSON, 6 Ogos 2024 – Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) adalah antara pemboleh daya yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi serta menangani isu dan cabaran negara. Bagi membina kapasiti dan profesionalisme dalam bidang ini terutamanya dalam penerbitan saintifik, Agensi Nuklear Malaysia telah menjemput 13 orang pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan saintifik untuk melatih para peserta bagi meningkatkan mutu dan produktiviti hasil karya penulisan dan penerbitan saintifik. Seminar dan Bengkel Penulisan & Penerbitan Saintifik yang danjurkan pada 6 hingga 8 Ogos 2024 itu memberi pendedahan dalam pelbagai aspek penulisan dan penerbitan termasuk hak cipta, undang-undang, cabaran, peranan dan masa depan penerbitan saintifik dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Dalam seminar itu turut diadakan bengkel dan pertandingan penulisan rencana popular untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada para peserta dalam bidang ini. Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi […]