trending_flat

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang melibatkan undang-undang sama ada jenayah atau sivil biasanya akan menyebabkan seseorang individu dijatuhkan hukuman bersalah atau tidak. Namun, kesalahan yang telah dilakukan pada masa lampau telah banyak mengajar seseorang untuk berubah menjadi lebih baik dan bertingkah laku menurut norma-norma masyarakat. Perjalanan hidup seorang bekas banduan dalam masyarakat dilihat agak sukar kerana stigma masyarakat yang terus menerus meletakkan kesalahan itu sebagai kekal dalam hidup mereka sedangkan setiap kesalahan itu boleh diperbaiki dan mereka, bekas banduan sepatutnya diterima oleh masyarakat sebagai orang baru selepas mereka menjalani pemulihan akhlak selama bertahun-tahun di penjara. Kehidupan di sebalik tirai besi tidak seindah khabar. Hidup terpenjara memerlukan kekuatan jiwa dan fizikal kerana melalui liku-liku hidup terhukum penuh dengan perasaan rasa bersalah dan keinginan untuk bebas sangat tinggi. Namun, undang-undang di penjara lebih menekankan pembentukan […]

trending_flat

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi Abdul Razak Di dalam sesebuah organisasi, pelbagai faktor boleh memberikan kesan kepada iklim organisasi tersebut. Persekitaran kerja yang baik dapat memberikan kesan yang positif kepada kesihatan mental pekerja. Manakala persekitaran kerja yang negatif seperti dikriminasi dan ketidaksamaan, beban kerja yang berlebihan, kawalan pekerjaan yang rendah dan ketidakamanan pekerjaan boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan mental. Dapatan dari Pertubuhan kesihatan Dunia pada tahun 2019 telah mendapati bahawa 15% daripada pekerja dianggarkan mengalami gangguan mental. Di seluruh dunia, dianggarkan sebanyak 12 bilion kehilangan hari bekerja direkodkan setiap tahun akibat kemurungan dan kebimbangan dengan kos kehilangan produktiviti sebanyak AS$ 1 trilion setahun. Walau bagaimanapun, beberapa tindakan yang dilihat berkesan dapat membantu mencegah dan selanjutnya mengurangkan risiko kesihatan mental di tempat kerja, menggalakkan keperluan mencari bantuan bagi menangani isu kesihatan mental di tempat […]

trending_flat

AirAsia X, ikhlas.com perluas jaringan ke Saudi dengan laluan Kuala Lumpur – Madinah

SEPANG, 4 Ogos 2024 - Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) meraikan pencapaian signifikan dalam sektor pelancongan umrah mesra bajet hari ini dengan penerbangan sulung AirAsia X (AAX) dari Kuala Lumpur ke Madinah, Arab Saudi. Penerbangan pertama D7 786 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada 3:25 petang pada 4 Ogos 2024 dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz (Madinah) pada 7:20 malam (waktu tempatan) dengan membawa 243 penumpang atau muatan melebihi 85%. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Hari ini menandakan satu lagi peristiwa penting untuk AirAsia X dan kami berbesar hati melancarkan penerbangan sulung ke Madinah. Perkhidmatan ini bukan sekadar penambahan kepada rangkaian AAX yang semakin berkembang; ia adalah jaringan penting yang menghubungkan para tetamu ke salah satu bandar paling suci dalam Islam. Kami juga berbesar hati sekali […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Mindanao, Filipina pada jam 12:20 tengah hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:20 tengah hari, 3 Ogos 2024Koordinat: 8.0° Utara 127.0° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.9Jarak: 77km Timur dari Bislig,FilipinaKedalaman: 62 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali pernikahan sudah pastinya adalah bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Secara dasarnya sebuah unit keluarga asas adalah terdiri daripada ibu, bapa dan anak. Namun, kini seiring dengan perkembangan semasa dan pengaruh pemikiran dan budaya yang merentasi sempadan, konsep pemikiran dalam pembentukan keluarga bagi pasangan yang baru berkahwin telah mula cenderung kepada perkahwinan bebas anak atau dengan kata lain disebut sebagai ‘childfree marriage’. Pemikiran ini sudah pastinya mempunyai pengaruh dan tanggapan dari pelbagai perspektif. Jika dilihat pada sejarah asal usul terbentuknya prinsip pemikiran ini adalah dari pemikiran masyarakat yang tinggal di negara-negara barat kerana majoriti mereka adalah berpegang kepada prinsip kebebasan dalam kehidupan mereka. Dalam erti kata lain apabila mereka telah mencapai umur tertentu golongan ini bebas menentukan apa sahaja yang ingin mereka lakukan terhadap diri dan juga kehidupan […]

trending_flat

Alibaba.com Bekerjasama dengan IOC Dorong Atlet ke arah Keusahawanan

Alibaba.com akan menjadi rakan kongsi eksklusif untuk menyertai edisi keempat program Athlete365 Business Accelerator, menawarkan latihan berfokuskan e-dagang dan perdagangan global, peluang bimbingan eksklusif dan pakej pemecu KUALA LUMPUR 1 Ogos 2024 – Pada acara pelancaran besar di Paris hari ini, Alibaba.com, platform terkemuka untuk e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) global, akan mengumumkan bahawa ia telah menjadi rakan kongsi e-dagang Olimpik dan Paralimpik pertama di seluruh dunia untuk menyertai edisi keempat program Athlete365 BusinessAccelerator (“Business Accelerator”), iaitu suatu inisiatif yang diterajui IOC untuk menyokong atlet dengan peluang dwikerjaya dan peralihan kerjaya dengan memperkasakan mereka untuk menjadi usahawan. Alibaba.com menghubungkan pembeli dengan pembekal dari lebih 200 negara dan wilayah, sekali gus menawarkan perkhidmatan inovatif dan alatan perniagaan yang dipacu teknologi untuk membantu PKS memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Senario ini memudahkan perdagangan global untuk pembeli dan penjual, menawarkan peluang kepada semua bakal usahawan […]

trending_flat

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul di Nak Cikit Picnic Space, Setia Alam, Shah Alam, Selangor baru-baru ini untuk menyertai program “Inisiatif Sejuta Harapan”. Program yang julung kali diadakan ini merupakan usaha proaktif NGO Empati (Kelab Advokasi Pulih Mental) dengan kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri. Inisiatif ini timbul susulan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 yang mendapati bahawa sejuta rakyat Malaysia berusia lebih 15 tahun telah mengalami kemurungan. “Kami berharap lebih ramai yang berani tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan, seterusnya mampu memberi harapan kepada pejuang-pejuang yang mengalami kemurungan,” kata Syahida Zulkarnain, Pengasas dan Presiden NGO Empati. Syahida turut berkongsi tujuan penganjuran program antara lainnya adalah untuk menyediakan platform selamat untuk para peserta berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu mengharungi fasa kemurungan. “Melalui program ini juga para pejuang berpeluang untuk bersosial secara sihat, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation