trending_flat

Cuti 26 Ogos tidak wajib untuk pekerja swasta

Oleh : Mohamad Fazrul Abdul Majid / MELAKA HARI INI AYER KEROH 22 Ogos – Hari Kelepasan Am (Tambahan) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos ini (Isnin) tidak wajib diberikan kepada pekerja swasta. Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Melaka Naziyah Said memaklumkan, hari kelepasan am itu boleh menjadi pilihan oleh majikan dalam sektor swasta di negeri ini. Beliau bagaimanapun memaklumkan, sekiranya mana-mana majikan yang memilih cuti Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan cuti kelepasan am bergaji kepada pekerja pada 26 Ogos 2024. “Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja untuk menggantikan cuti tambahan tersebut pada hari lain (selain 26 Ogos) sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan 26 Ogos […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 7:17 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:17 malam, 22 Ogos 2024Koordinat: 7.1° Selatan 129.9° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.3Jarak: 424km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 109 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

PETRA : Garis panduan pelaksanaan CRESS akan dikeluarkan pada September 2024

PUTRAJAYA, 22 Ogos 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperkenalkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), yang merupakan inisiatif progresif Kerajaan Madani dalam mewujudkan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna. Menurut PETRA dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, inisiatif berteraskan akses pihak ketiga itu dijangka akan dilaksanakan pada September 2024. Justeru, satu sesi dialog dan penerangan kepada pihak industri mengenai pelaksanaan Program CRESS telah diadakan pada hari ini bagi mendapat maklum balas daripada pihak industri mengenai prinsip asas serta kerangka pelaksanaan program tersebut. Sesi dialog tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan seramai kira-kira 250 pemain industri telah hadir dan pelbagai idea serta pandangan berkaitan pelaksanaan […]

trending_flat

Pengapungan harga diesel : KPKM adakan sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan mekanisasi pembajakan dan penuaian

PUTRAJAYA, 22 OGOS 2024 – Susulan daripada pelaksanaan pengapungan harga diesel oleh Kerajaan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam industri di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas berkenaan peningkatan kos operasi jentera dan kos upah dalam rantaian aktiviti penanaman padi. Pada hari ini, sesi libat urus KPKM bersama para penyedia perkhidmatan mekanisasi pembajakan dan penuaian turut diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pasaran terhadap kos upah yang lebih relevan dan tidak membebankan para pesawah. Sebagai reaksi segera, KPKM mengesyorkan dua cadangan langkah intervensi untuk menangani isu tersebut iaitu melalui jadual harga siling kos upah terkini yang telah mengambil kira harga diesel semasa, serta langkah intervensi jangka masa panjang melalui pelaksanaan pendaftaran jentera pembajakan dan penuaian di lapangan bagi kajian dan penelitian program bantuan bersasar yang bersesuaian. Sebagai makluman, pengesyoran jadual […]

trending_flat

Pendapatan Bersih Suku Kedua Hektar REIT Meningkat 42.8% Disokong oleh Portfolio Aset yang Diperbesar dan Dipelbagaikan

Hasil Kasar melonjak sebanyak 34.4% tahun ke tahun kepada RM36.6 juta. Pendapatan Hartanah Bersih meningkat sebanyak 33.7% kepada RM20.7 juta, disokong oleh aliran hasil baharu daripada aset bukan runcit yang diperoleh baru-baru ini - Kolej Yayasan Saad. Prestasi kukuh di seluruh Hektar Malls dengan 6.4% Pengembalian Sewa Positif dan hampir 90% penghunian komited keseluruhan. Mengumumkan pengagihan pendapatan interim pertama sebanyak 1.9 sen seunit bersama dengan Pelan Pelaburan Semula Pengagihan Pendapatan. KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2024 – Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (“Hektar Asset Management”), pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (“Hektar REIT”), dengan sukacitanya mengumumkan keputusan suku kedua bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (“S2 TK2024”), menonjolkan peningkatan ketara dalam prestasi kewangan yang dipacu oleh baharu sumbangan hasil daripada Kolej Yayasan Saad dan pengurusan operasi yang berkesan. Pada S2 TK2024, Hektar REIT melaporkan hasil sebanyak RM36.6 juta, meningkat 34.4% berbanding RM27.2 juta pada suku yang […]

trending_flat

Talentcorp dan NSDC International Menandatangani MOU Khidmat Nasihat Berhubung Teknologi Bagi Membina Ekosistem Kemahiran Digital Di Malaysia

NEW DELIHI, 22 Ogos 2024 (Bernama) - Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi dan badan pemikir di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NSDC International, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Kemahiran Nasional (NSDC) India. Kerjasama strategik ini berperanan sebagai penyelesaian untuk pembangunan kemahiran digital yang bertujuan melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran masa hadapan, sambil memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India serta inisiatif pembangunan kemahiran di kedua-dua negara. Pertukaran MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif NSDC International, Ved Mani Tiwari telah berlangsung di ibu pejabat NSDC dan disaksikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA, serta rakan sejawatnya Menteri Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan India, YB Jayant Chaudhary. MoU ini melengkapi perjanjian pertama yang telah ditandatangani pada Mac 2023 antara TalentCorp dan NSDC, yang membawa kepada penubuhan MyMAHIR […]

trending_flat

Nur Adryana harumkan nama Melaka di Beijing

Oleh : Mohamad Fazrul Abdul Majid / MELAKA HARI INI AYER KEROH 22 Ogos 2024 – Anak kelahiran Melaka, Nur Adryana Aisya Abdul Shukor berjaya mengharumkan nama negara dan negeri ini apabila merangkul pingat emas pada 17th International Earth Science Olympiad Competition di Beijing, China, baru-baru ini. Dalam pertandingan yang berlangsung di Peking University, China, Nur Adryana Aisya, 16, yang merupakan peserta tunggal perempuan daripada empat wakil negara berjaya merangkul pingat emas menerusi Earth System Project yang dihasilkan. Malah, kejayaan itu turut meletakkan namanya sebaris dengan lima lagi pemenang pingat emas dari Amerika Syarikat, Jepun, Romania, Austria dan Belarus. Selain pingat emas daripada Nur Adryana, wakil Malaysia turut meraih satu perak dan lima gangsa pada olimpiad kali ini. Kejayaan Nur Adryana yang merupakan pelajar tingkatan 4 Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tun […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation