Inisiatif Baitul Mahabbah : Saifuddin alu-alukan penglibatan NGO
KELANTAN, 4 September 2024 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah hadir melancarkan fasiliti Baitul Mahabbah Tanah Merah Kelantan semalam. Menurut Saifuddin, fasiliti tersebut telah mula beroperasi sejak 15 Julai 2024. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. merasmikan pelancaran fasiliti Baitul Mahabbah Tanah Merah Kelantan semalam. Kredit Foto Pejabat Menteri Dalam Negeri "Inisiatif Baitul Mahabbah ini diperkenalkan oleh Kerajaan Madani sebagai pusat penempatan sementara bagi menampung kanak-kanak warga asing berumur kurang 10 tahun yang ditahan bersama penjaga sehingga proses dokumentasi mereka selesai. Baitul Mahabbah ini bukan sekadar penempatan sahaja, bahkan anak-anak yang berada di sini diberi pembelajaran asas serta pelbagai aktiviti seperti membaca, melukis dan juga menyanyi." katanya. Saifuddin berharap agar inisiatif tersebut akan terus dapat menjaga kebajikan asas anak-anak ini sehingga proses dokumentasi mereka selesai. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution […]