trending_flat

SDCG DAN SERIKANDI TANDATANGANI MOU UNTUK PERLUASKAN PERKHIDMATAN KECEKAPAN SOLAR DAN TENAGA DI BRUNEI

KUALA LUMPUR, 4 OKTOBER 2024 – Solar District Cooling Group Berhad ("SDCG") dengan sukacitanya mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Solar District Cooling Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (“MOU”) dengan Serikandi Oil Field Services Sdn Bhd (“Serikandi”). SDCG dan anak syarikatnya (“Kumpulan”) terlibat di dalam penyediaan dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Bangunan (“BMS”), sistem haba suria dan perkhidmatan penjimatan tenaga. Kumpulan mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam meningkatkan kecekapan tenaga merentas sektor penjagaan kesihatan, hospitaliti dan perindustrian. SDCG terlibat dalam menyediakan perkhidmatan prestasi tenaga kepada syarikat konsesi yang menyediakan perkhidmatan sokongan hospital untuk hospital awam. Syarikat konsesi melibatkan SDCG Group sebagai subkontraktor untuk menjalankan kerja kecekapan tenaga yang berkaitan dengan pemasangan sistem air panas terma suria hibrid, yang kadangkala turut termasuk pemasangan semula lampu pendarfluor lampu LED. Kerjasama ini adalah untuk mengukuh dan mengembangkan peluang perniagaan dalam penyaman udara solar, sistem […]

trending_flat

YAYASAN WAQAF MALAYSIA ANJUR PROGRAM SANTUNI KOMUNITI MADANI BERSAMA PEMANDU TEKSI/KERETA SEWA DI PUTRAJAYA

Putrajaya, 4 Oktober 2024 – Bagi memastikan tiada pihak yang tercicir dalam menikmati kehidupan yang sempurna, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan Program Santuni Komuniti Madani Bersama Pemandu Teksi / Kereta Sewa di Putrajaya Sentral pada hari ini, sebagai usaha membantu meringankan beban mereka. Usaha ini bertepatan dengan salah satu daripada enam (6) nilai teras Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, di mana mengasihi orang lain – keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhannya – adalah teras kepada sebuah visi Malaysia yang ihsan. Sebagai tanda menghargai pemandu teksi / kereta sewa yang telah menyumbang kepada kemudahan pengangkutan awam terutamanya di Putrajaya, seramai 74 orang pemandu teksi / kereta sewa di Putrajaya yang berdaftar dengan Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad telah menerima sumbangan wang tunai dan kotak makanan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM18,500.00. Penyampaian sumbangan telah […]

trending_flat

Jangan dicampur-adukkan tuntutan berkeluarga dengan ketetapan hukum fiqah

Oleh: Dr. Mahyudin Daud Islam telah menetapkan hak-hak tertentu ke atas setiap individu dalam sebuah keluarga (Aldin Nasrun - Unsplash) Kehidupan berkeluarga menurut ajaran Islam adalah dibina atas dasar ketenangan (sakinah), kasih sayang (mawaddah) dan hormat menghormati (rahmah). Ia sama sekali menolak cara hidup berkeluarga yang mengutamakan maslahah bersifat kebendaan (maddiyyah) dan kepentingan peribadi (ithar). Islam telah menetapkan hak-hak tertentu ke atas setiap individu dalam sebuah keluarga yang mana hak-hak tersebut bukan sahaja perlu ditunaikan sebagai satu tanggungjawab bahkan menjadi taklifan bersifat syarie yang akan dihisab di hari perhitungan. Melaksanakan hak-hak tersebut adalah suatu tanggungjawab sementara mengabaikan tuntutan itu dianggap pelanggaran terhadap hukum syarak. Sebab itulah, setiap pasangan dianjurkan supaya memahami dan menghayati hak-hak individu dalam rumahtangga sebelum memasuki gerbang perkahwinan bagi menjamin tertegaknya sebuah rumahtangga yang harmoni sesuai matlamatnya menurut syariat Islam. Para fuqaha dengan kelayakan istinbat dalil-dalil al-Quran […]

trending_flat

MITI jana potensi eksport bernilai RM2.65 billion ke Pakistan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) telah berjaya menjana potensi eksport bernilai RM2.65 bilion dan potensi pelaburan sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang semasa Lawatan Rasmi Sulung Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim ke Republik Islam Pakistan dari 2 hingga 4 Oktober 2024. Menurut MITI, potensi eksport dan pelaburan tersebut melibatkan sektor seperti minyak sawit, kayu, baja, petrokimia oleokimia, pemprosesan makanan, dan farmaseutikal. Lawatan itu turut disertai Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz. Semasa lawatan rasmi tersebut, Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, TYT Jam Kamal Khan, Menteri Perdagangan Pakistan, bagi membincangkan cadangan semakan semula Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Rapat Malaysia-Pakistan (MPCEPA) dan potensi kerjasama dalam sektor seperti makanan, pertanian, halal, sektor IT serta rantaian bekalan. “Malaysia komited untuk memantapkan lagi kerjasama ekonomi yang lebih kukuh bersama Pakistan dalam bidang yang […]

trending_flat

NRW akan ditambah baik

PUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merangka cadangan penambahbaikan Program Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) Kebangsaan dalam usaha meningkatkan pengurusan air di seluruh negara. Menurut PETRA, cadangan itu melibatkan kos sebanyak RM2.525 bilion dan telah dipersetujui olehJemaah Menteri pada 24 Julai 2024. Program itu akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran dan program tersebut akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran. Program itu merangkumi dua pendekatan : Pendekatan 1 melibatkan penggantian paip kritikal dan penyelesaian NRW holistik di enam negeri iaitu Negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Pendekatan 2 bagi negeri-negeri lain seperti Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, dengan kadar imbuhan balik secara prorata untuk menggalakkan penyertaan operator air. "Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan turut mencadangkan peruntukan […]

trending_flat

KEPERLUAN SEGERA UNTUK MEWUJUDKAN AKTA KHUSUS BAGI POPULASI GELANDANGAN DI MALAYSIA

Oleh : Shahrizul Muiz  Isu berkaitan populasi gelandangan di Malaysia terus menghadapi cabaran yang serius, memperlihatkan bahawa rangka kerja perundangan sedia ada tidak mencukupi untuk menangani keperluan khusus kumpulan rentan ini. Pada masa ini, istilah "gelandangan" masih belum diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang Malaysia, sekaligus mencipta kekangan yang ketara dalam pengurusan dan pemberian bantuan secara efektif kepada golongan ini. Akta yang diguna pakai sekarang, iaitu Akta Orang-Orang Papa 1977, hanya mengklasifikasikan gelandangan di bawah istilah umum "orang papa", yang tidak sepenuhnya menggambarkan pelbagai keadaan yang dialami oleh populasi gelandangan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab untuk menguruskan golongan orang papa. Namun begitu, mandat yang diberikan tidak merangkumi sepenuhnya kategori gelandangan, khususnya mereka yang menghadapi masalah penyakit kronik, kesihatan mental, dan ketagihan dadah. Pada tahun 2022, kerajaan persekutuan pernah mengumumkan cadangan untuk menggubal akta khas […]

trending_flat

Menyimbang kecemerlangan akademik dan nilai modal insan

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan cabaran untuk mencapai kecemerlangan akademik. Pelajar terpaksa bersaing dengan rakan sebaya mereka untuk mendapatkan pencapaian terbaik, namun dalam kesibukan tersebut, penting untuk tidak mengabaikan nilai modal insan. Modal insan merujuk kepada kualiti dan nilai diri yang perlu dihasilkan melalui pendidikan dan pengalaman seharian. Mencari keseimbangan antara kedua-dua aspek ini iaitu, kecemerlangan akademik dan nilai modal insan, ia adalah kunci untuk pembangunan individu yang holistik dan berintegriti selari dengan konsep ihsan yang dituntut Islam. Dalam hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) diperkenalkan sebagai proses pendidikan. Pembentukan jatidiri perlu dibentuk diperingkat sekolah rendah lagi, sama ada dilaksanakan secara formal atau tidak formal bagi mengubah corak pemikiran serta tingkah laku masyarakat supaya menjadi lebih peka dan prihatin terhadap persamaan hak kemanusiaan. APAB diwujudkan bagi membantu negara mencapai matlamat membina […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation