‘Gold’ atau Gol?
Oleh: Dr Mohd Firdaus Abdullah Peruntukan kewangan dalam sukan sering menjadi isu perdebatan hangat di Malaysia, terutamanya apabila membandingkan bajet yang disalurkan kepada kontinjen para negara dengan dana yang diterima oleh pasukan kebangsaan. Lebih-lebih lagi apabila jumlah peruntukan untuk keseluruhan pembangunan kontinjen para negara seakan-akan sama dengan jumlah yang diterima oleh hanya satu pasukan kebangsaan iaitu bolasepak. Dalam diskusi ini, timbul persoalan: mana yang lebih layak mendapat keutamaan – kontinjen para yang telah terbukti berjaya meraih “gold” (pingat emas) di pentas dunia, atau bola sepak, sukan paling popular yang sering kali menjadi topik perbincangan rakyat namun masih tercungap-cungap mengejar (gol?) impian layak ke Piala Dunia? Atlet para negara telah membawa pulang beberapa pencapaian gemilang di peringkat antarabangsa, termasuk pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020. Walaupun ketika Paris 2024 kontinjen negara tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, Malaysia […]