trending_flat

‘TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES’ 2024 Membawa Lebih Keterujaan Untuk Peminat di Malaysia.

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2024 – TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 bersedia untuk menemui peminatnya dari 18 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Beli-Belah MyTown, Kuala Lumpur. Bagi peminat dan pengumpul, ada pengalaman menarik menanti anda untuk saksikan sendiri iaitu watak ikonik di Jepun, ULTRAMAN! Jadilah antara peminat terawal bertemu dengan Ultra Hero terbaharu, Ultraman Arc, yang tampil di Malaysia menerusi persembahan pentas yang menarik. Ini juga akan menjadi masa untuk menyaksikan patung Ultraman Arc, bersaiz manusia (2 Meter) yang telah diukir berdasarkan S.H.Fihuarts Adakah anda terlepas peluang untuk bergambar dengan Ultraman Blazar? Jangan risau kerana patung hero akan dipamerkan Jadi, manfaatkan sebaiknya dua peluang yang sukar diperolehi ini untuk bergambar dengan hero kegemaran anda. Malah acara ini juga akan mempamerkan figura-figura Eksklusif Acara dan Tamashii Spot yang menjadi buruan ramai! Ultraman Arc Tahun ini menjanjikan persembahan […]

trending_flat

Mahasiswa UM santuni anak-anak tanpa dokumen di Semporna

Sukarelawan bergambar bersama guru Sekolah Alternatif Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI), Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) telah melaksanakan program khidmat komuniti di Sekolah Alternatif, Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah yang diasaskan oleh Borneo Komrad. Program ini bertujuan menyantuni pelajar tanpa kerakyatan yang menghadapi halangan untuk mendapat pendidikan formal. Dalam masa yang sama, pengisian program diisi dengan slot yang memberikan sokongan moral dan bimbingan dalam 3M+1 iaitu Membaca, Menulis, Mengira, dan Mengaji, sambil mengukuhkan kefahaman asas Islam dalam kalangan pelajar. Seramai 15 orang mahasiswa menjadi sukarelawan dalam program ini, yang melibatkan hampir 30 pelajar. Dengan tema “Pendidikan Untuk Semua,” para sukarelawan melihat pendidikan sebagai kunci utama untuk mengubah masa depan, sesuai dengan prinsip Islam yang menggalakkan umatnya terus menuntut ilmu. Selain memberi pendedahan akademik, program ini memupuk nilai-nilai kasih sayang, empati, dan kesedaran mengenai kepentingan […]

trending_flat

Jiwa KL diberi Nafas Baharu menerusi Belanjawan 2025

Komentar media oleh: Raja Ahmad Iskandar Fareez, Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kuala Lumpur | 19 Oktober 2024 Berpaksikan kerangka ‘Ekonomi MADANI’ dan tiga fokus utama ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’, Belanjawan 2025 menggabungkan langkah-langkah yang tepat untuk memberi nafas baharu kepada ‘jiwa’ Kuala Lumpur (KL). Ini melibatkan beberapa peruntukan yang dirangka untuk mengambil kira cabaran iklim, pemeliharaan dan pemuliharaan budaya dan warisan, pembangunan bakat serta meningkatkan keterhubungan dan kualiti hidup di ibu kota kita. Dengan menyeimbangi faktor ini, kita boleh merealisasikan potensi penuh KL sebagai kota idaman untuk didiami, mencari rezeki, berekreasi, dan banyak lagi. Antara langkah-langkah penting yang diumumkan semasa pembentangan kali ini termasuk peruntukan RM10 juta untuk menjalankan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar “Segitiga Emas” KL bagi menangani potensi berulangnya insiden lubang benam yang tragis, RM150 juta untuk […]

trending_flat

INISIATIF BELANJAWAN 2025 AKAN MEMBANTU KEMENTERIAN DIGITAL MEMPERKUKUHKAN EKONOMI DIGITAL MALAYSIA.

Gambar kredit FB Rasmi Menteri Digital PUTRAJAYA, 19 Oktober 2024 - Kementerian Digital menyambut baik pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam. Menteri Digital, Gobind Singh Deo juga merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas peruntukan RM1.3 billion kepada Kementerian Digital untuk usaha-usaha merangsang inovasi teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan memperkukuhkan lagi ekonomi digital negara. Bertemakan "Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera", antara sorotan Belanjawan 2025 tertumpu kepada pembangunan teknologi AI serta bakat, langkahlangkah keselamatan siber, pemacuan inovasi, dan usaha pendigitalan terutamanya untuk perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). RM10 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Digital untuk penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) bagi mempertingkat penggunaan teknologi AI melalui kerjasama dengan akademia dan industri. Gobind juga menyambut baik peruntukan untuk penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe Network) yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation