trending_flat

Jangan dicampur-adukkan tuntutan berkeluarga dengan ketetapan hukum fiqah

Oleh: Dr. Mahyudin Daud Islam telah menetapkan hak-hak tertentu ke atas setiap individu dalam sebuah keluarga (Aldin Nasrun - Unsplash) Kehidupan berkeluarga menurut ajaran Islam adalah dibina atas dasar ketenangan (sakinah), kasih sayang (mawaddah) dan hormat menghormati (rahmah). Ia sama sekali menolak cara hidup berkeluarga yang mengutamakan maslahah bersifat kebendaan (maddiyyah) dan kepentingan peribadi (ithar). Islam telah menetapkan hak-hak tertentu ke atas setiap individu dalam sebuah keluarga yang mana hak-hak tersebut bukan sahaja perlu ditunaikan sebagai satu tanggungjawab bahkan menjadi taklifan bersifat syarie yang akan dihisab di hari perhitungan. Melaksanakan hak-hak tersebut adalah suatu tanggungjawab sementara mengabaikan tuntutan itu dianggap pelanggaran terhadap hukum syarak. Sebab itulah, setiap pasangan dianjurkan supaya memahami dan menghayati hak-hak individu dalam rumahtangga sebelum memasuki gerbang perkahwinan bagi menjamin tertegaknya sebuah rumahtangga yang harmoni sesuai matlamatnya menurut syariat Islam. Para fuqaha dengan kelayakan istinbat dalil-dalil al-Quran […]

trending_flat

MITI jana potensi eksport bernilai RM2.65 billion ke Pakistan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) telah berjaya menjana potensi eksport bernilai RM2.65 bilion dan potensi pelaburan sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang semasa Lawatan Rasmi Sulung Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim ke Republik Islam Pakistan dari 2 hingga 4 Oktober 2024. Menurut MITI, potensi eksport dan pelaburan tersebut melibatkan sektor seperti minyak sawit, kayu, baja, petrokimia oleokimia, pemprosesan makanan, dan farmaseutikal. Lawatan itu turut disertai Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz. Semasa lawatan rasmi tersebut, Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, TYT Jam Kamal Khan, Menteri Perdagangan Pakistan, bagi membincangkan cadangan semakan semula Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Rapat Malaysia-Pakistan (MPCEPA) dan potensi kerjasama dalam sektor seperti makanan, pertanian, halal, sektor IT serta rantaian bekalan. “Malaysia komited untuk memantapkan lagi kerjasama ekonomi yang lebih kukuh bersama Pakistan dalam bidang yang […]

trending_flat

NRW akan ditambah baik

PUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merangka cadangan penambahbaikan Program Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) Kebangsaan dalam usaha meningkatkan pengurusan air di seluruh negara. Menurut PETRA, cadangan itu melibatkan kos sebanyak RM2.525 bilion dan telah dipersetujui olehJemaah Menteri pada 24 Julai 2024. Program itu akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran dan program tersebut akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran. Program itu merangkumi dua pendekatan : Pendekatan 1 melibatkan penggantian paip kritikal dan penyelesaian NRW holistik di enam negeri iaitu Negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Pendekatan 2 bagi negeri-negeri lain seperti Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, dengan kadar imbuhan balik secara prorata untuk menggalakkan penyertaan operator air. "Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan turut mencadangkan peruntukan […]

trending_flat

KEPERLUAN SEGERA UNTUK MEWUJUDKAN AKTA KHUSUS BAGI POPULASI GELANDANGAN DI MALAYSIA

Oleh : Shahrizul Muiz  Isu berkaitan populasi gelandangan di Malaysia terus menghadapi cabaran yang serius, memperlihatkan bahawa rangka kerja perundangan sedia ada tidak mencukupi untuk menangani keperluan khusus kumpulan rentan ini. Pada masa ini, istilah "gelandangan" masih belum diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang Malaysia, sekaligus mencipta kekangan yang ketara dalam pengurusan dan pemberian bantuan secara efektif kepada golongan ini. Akta yang diguna pakai sekarang, iaitu Akta Orang-Orang Papa 1977, hanya mengklasifikasikan gelandangan di bawah istilah umum "orang papa", yang tidak sepenuhnya menggambarkan pelbagai keadaan yang dialami oleh populasi gelandangan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab untuk menguruskan golongan orang papa. Namun begitu, mandat yang diberikan tidak merangkumi sepenuhnya kategori gelandangan, khususnya mereka yang menghadapi masalah penyakit kronik, kesihatan mental, dan ketagihan dadah. Pada tahun 2022, kerajaan persekutuan pernah mengumumkan cadangan untuk menggubal akta khas […]

trending_flat

Menyimbang kecemerlangan akademik dan nilai modal insan

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan cabaran untuk mencapai kecemerlangan akademik. Pelajar terpaksa bersaing dengan rakan sebaya mereka untuk mendapatkan pencapaian terbaik, namun dalam kesibukan tersebut, penting untuk tidak mengabaikan nilai modal insan. Modal insan merujuk kepada kualiti dan nilai diri yang perlu dihasilkan melalui pendidikan dan pengalaman seharian. Mencari keseimbangan antara kedua-dua aspek ini iaitu, kecemerlangan akademik dan nilai modal insan, ia adalah kunci untuk pembangunan individu yang holistik dan berintegriti selari dengan konsep ihsan yang dituntut Islam. Dalam hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) diperkenalkan sebagai proses pendidikan. Pembentukan jatidiri perlu dibentuk diperingkat sekolah rendah lagi, sama ada dilaksanakan secara formal atau tidak formal bagi mengubah corak pemikiran serta tingkah laku masyarakat supaya menjadi lebih peka dan prihatin terhadap persamaan hak kemanusiaan. APAB diwujudkan bagi membantu negara mencapai matlamat membina […]

trending_flat

MYDIN LANCAR KEMPEN ‘SHINE BRIGHT THIS DEEPAVALI

SELANGOR, 1 OKTOBER 2024: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kempen tersebut bertujuan menawarkan penjimatan, peraduan dan menyediakan pelbagai promosi persiapan sempena perayaan tersebut. Majlis pelancaran kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Saraswathy Kandasami di MYDIN Subang Jaya. Sepanjang kempen berlangsung MYDIN turut bekerjasama dengan SMS Deen Jewellers bagi menawarkan ganjaran barangan kemas bernilai keseluruhan RM120,000 bagi pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM150 di dalam satu resit di mana-mana cawangan MYDIN. Manakala, pelanggan bertuah yang membeli barang kemas di SMS Deen Jewellers serendah RM1,500 berpeluang memenangi hadiah ‘hypermarket sweep’ dengan nilai keseluruhan RM45,000. Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat bin Mydin, “Pelanggan kami berlatarbelakangkan pelbagai kaum. Justeru itu, kempen seumpama ini bertujuan untuk menghargai sokongan mereka dan berkongsikemeriahan sambutan […]

trending_flat

UBIQUBE MEMPERKUKUH LEMBAGA PENGARAH DENGAN EKSEKUTIF AWAN DAN KESELAMATAN BERPENGALAMAN UNTUK MEMACU VISI AGILEOPS DAN PENGEMBANGAN GLOBAL

DUBLIN, 2 Okt (Bernama) -- UBiqube, sebuah syarikat peneraju dalam awan hibrid dan automasi infrastruktur keselamatan hari ini mengumumkan pelantikan dua eksekutif yang berpengalaman, Jean-David Lehmann-Charley dan Ahmed Guetari sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu. Kedua-dua pemimpin tersebut membawa kepakaran yang luas dalam rangkaian, keselamatan dan teknologi awan dengan rekod prestasi yang terbukti dalam memacu inovasi dan pertumbuhan dalam industri penyedia perkhidmatan.Penyertaan mereka bertepatan dengan detik penting bagi UBiqube yang sedang melakukan perjalanan Agile Ops dan melaksanakan penyelesaian berskala dan automatik untuk amalan CloudOps, NetOps dan SecOps. Mereka akan menyertai pengarah kami yang tidak asing lagi daripada NTT dan Fujitsu dan melengkapkan lembaga pengarah dengan kemahiran yang relevan untuk memacu penggunaan inovasi UBiqube.Jean-David Lehmann-Charley merupakan Naib Presiden Jualan Serantau, ekosistem Cortex bagi EMEA dan Latam untuk Palo Alto Networks. Beliau membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang jualan yang kompleks, secara langsung dan tidak langsung, dalam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation