Bahaya batu api dalam masyarakat
Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Perceraian merupakan isu sensitif yang kian mendapat perhatian, bukan sahaja dalam kalangan mereka yang terlibat tetapi juga di kalangan netizen yang sering menjadi ‘pemerhati’ dan ‘pengulas’ di media sosial. Namun, dalam keadaan seperti ini, peranan netizen sebagai ‘batu api’ atau punca ketegangan boleh menjadi lebih berbahaya daripada isu perceraian itu sendiri. Jangan pula kita menjadi batu api dalam apa juga isu di media sosial (Austin Distel - Unsplash) Dalam Islam, kita ditegah daripada terlibat dalam hal-hal yang tidak memberi manfaat. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Di antara tanda-tanda baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.” (Hadith riwayat al-Tirmizi no 2317) Hadith ini menyampaikan mesej yang jelas: seorang Muslim yang baik tidak campur tangan dalam perkara yang tiada manfaat. Dalam era digital ini, ramai yang tidak menyedari bahawa setiap perkataan dan komen yang dilontarkan, […]