EBC Financial Group Meningkatkan Kecairan dan Merendahkan Kos Perdagangan pada Indeks Saham Utama

LONDON, Oct. 14, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Dalam kebangkitan semula pasaran saham global, EBC Financial Group (EBC) sedang meningkatkan kecairan untuk lima indeks saham utama, termasuklah Dow Jones, Nasdaq, S&P 500 A.S., A50 (China) dan Indeks Hang Seng (Hong Kong). Langkah strategik ini bertujuan untuk memberi pelabur perdagangan yang lebih optimum dan berkesan merentasi semua sesi global dengan mengurangkan kos perdagangan dan menawarkan akses yang lebih besar. Pasaran saham dunia sedang mengalami perubahan besar, dengan banyak wang yang mengalir masuk dan syarikat disenaraikan semula (ledakan IPO). Ini menyebabkan pasaran saham di seluruh dunia menaik. Tatkala penilaian pasaran meningkat dan aliran modal bertambah di seluruh dunia, peningkatan sebegini membolehkan pelabur memanfaatkan peluang penting yang muncul dalam detik penting ini bagi pasaran kewangan. EBC, sebuah broker kewangan dunia, ada untuk membantu pelabur memanfaatkan peluang ini sepenuhnya. Mereka berbuat demikian dengan menggunakan teknologi […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Luar Pantai Costa Rica

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Luar Pantai Costa Rica pada jam 1:43 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:43 pagi, 13 Oktober 2024Koordinat: 10.6° Utara 86.1° BaratLokasi: Luar Pantai Costa RicaMagnitud: 6.2Jarak: 1,601km Tenggara dari Puebla,MexicoKedalaman: 62 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Fadillah hadir di HSN 2024 Perlis

KANGAR, 12 Oktober 2024 - Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof hadir di Perlis bagi merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 (HSN2024) peringkat negeri itu. Kredit Foto : FB rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof  Dalam satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau, Fadillah berkata Hari Sukan Negara membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam mengiktiraf kepentingan sukan dalam membentuk masyarakat yang cergas, produktif dan bersatu padu. Ianya telah dijadikan sebagai agenda nasional dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan atau “sporting nation”. "Penganjuran Hari Sukan Negara telah disambut selama sedekad, sejak kali pertama diperkenalkan pada tahun 2015 bertujuan meningkatkan penglibatan aktif rakyat Malaysia selaras dengan strategi yang digariskan di bawah Visi Sukan Negara 2030 dan Kerangka Malaysia Madani. Sejak tahun 2015 hingga 2023, penganjuran Hari Sukan Negara telah mencatatkan penyertaan seramai 36 juta orang. Selain itu, Indeks Budaya Sukan Malaysia […]

trending_flat

CergasBersama : Sambutan Hari Sukan Negara 2024

Putrajaya, 12 Oktober 2024 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. Upacara perasmian ini dimulakan dengan acara senaman beramai-ramai bersama para peserta Larian Fit Malaysia di Putrajaya. https://youtube.com/shorts/bqgNszKiZwM?feature=share Serba sedikit mengenai latar belakang Hari Sukan Negara (HSN), ia merupakan acara tahunan semenjak tahun 2015. Ia bermatlamat untuk membudayakan dan merakyatkan sukan di kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif. Foto oleh penulis Pelbagai program telah dilaksanakan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBNS) selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan dianjurkan di seluruh negara di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Bagaimanapun, penganjuran sambutan HSN peringkat negeri dan daerah di negeri Sarawak diselaraskan semula ke 19 Oktober 2024 (Sabtu) bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Terdapat lebih 100 sukan untuk dipilih oleh rakyat […]

trending_flat

‘Gold’ atau Gol?

Oleh: Dr Mohd Firdaus Abdullah Peruntukan kewangan dalam sukan sering menjadi isu perdebatan hangat di Malaysia, terutamanya apabila membandingkan bajet yang disalurkan kepada kontinjen para negara dengan dana yang diterima oleh pasukan kebangsaan. Lebih-lebih lagi apabila jumlah peruntukan untuk keseluruhan pembangunan kontinjen para negara seakan-akan sama dengan jumlah yang diterima oleh hanya satu pasukan kebangsaan iaitu bolasepak. Dalam diskusi ini, timbul persoalan: mana yang lebih layak mendapat keutamaan – kontinjen para yang telah terbukti berjaya meraih “gold” (pingat emas) di pentas dunia, atau bola sepak, sukan paling popular yang sering kali menjadi topik perbincangan rakyat namun masih tercungap-cungap mengejar (gol?) impian layak ke Piala Dunia? Atlet para negara telah membawa pulang beberapa pencapaian gemilang di peringkat antarabangsa, termasuk pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020. Walaupun ketika Paris 2024 kontinjen negara tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, Malaysia […]

trending_flat

KPKT lancarkan Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data bagi Menyokong Perkembangan Industri Pusat Data di Malaysia

PUTRAJAYA, 10 Oktober 2024 – Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Oktober 2024 telah bersetuju meluluskan penerimapakaian Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Menurut KPKT, penyediaan GPP Pusat Data itu merupakan salah satu ikhtiar dan inisiatif KPKT untuk menyeragamkan dan memudah cara proses permohonan dan kelulusan perancangan. Ia merupakan panduan kepada pemegang taruh yang terlibat di dalam pemajuan pusat data bagi perancangan dan pembangunan pusat data di Malaysia. "Ini termasuklah Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak operator serta orang awam. GPP Pusat Data ini juga menyokong ease of doing business sama ada di pihak pengusaha atau pihak berkuasa, dan melengkapi keseluruhan ekosistem industri pembangunan pusat data negara ini. Sehingga Mei 2024, sebanyak 32 pusat data sedang beroperasi dan 19 pusat data dalam pembinaan. Kawasan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Halmahera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 3:22 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut   Waktu Kejadian: 3:22 petang, 10 Oktober 2024Koordinat: 2.0° Utara 127.1° TimurLokasi: Halmahera, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 136km Utara dari Ternate,IndonesiaKedalaman: 94 km Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation